Tuesday, December 21, 2010

Shopping shopping

Salam sejahtera semua,

dah balik ke manjung semula selepas menghabiskan cuti... balik sekejap sebab nak settlekan hal sekolah anak-anak dan beli buku..

walau buku teks free, cikgu macam tak cukup-cukup buku nak suruh student baca (eh! akak ni cikgu juge.. buat-buat tak faham pulak hehehe..).. beli pulak buku kerja... seorang anak dah RM150.. (itu buku je).. kalau nak ikutkan, akakpun boleh telefon je tokey kedai buku tu.. nak buku yang mana.. FOC... tapi nak tolong koperasi sekolah... apa salahnya.. bila lagi nak mainkan peranan sebagai ahli PIBG...

lepas beli buku dan daftar taska... pegi cari kasut pulak.. yang shopping dulu tu, kelengkapan nurul dan izham.. yang ini ikhwan pulak.. kasut size yg paling besar... nasib baik ada..



sebelum ramai-ramai orang shopping raya krismas, lebih baik akak shopping barang dapur dulu...


mana-mana shopping complex penuh dgn pokok krismas...

Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Salam sejahtera semua..


KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
~kredit untuk Berita Harian..

bila mendengar berita di corong radio dan melihat di kaca tv.. terlintas di fikiran...
baru je bercadang nak ke cameron highland..

dalam pada itu hati berdetik...
hari asyik hujan je seminggu dua ni, takut jalan licin..
tak confident je..

so, tangguh dulu hasrat di hati...

Monday, December 20, 2010

Bila kompang berbunyi..

Salam sejahtera semua...

Sejak cuti sekolah, bila hujung minggu.. Jumaat, Sabtu, Ahad... dapur di rumah tidak berasap.
Apa tidaknya... banyak sangat panggilan nasi minyak di rumah pengantin.

Seronok pergi kenduri ni... selain meraikan pengantin, kita dapat berjumpa saudara mara yang sekian lama tidak berjumpa...

kalau saudara terdekat, bolehla tolong apa yang patut... setakat merebus telurpun ok gak hehehe...
tapi sekarang ni ramai yang menggunakan khidmat katering... masak sendiri lagi sedap dan puas hati..


Selamat pengantin baru buat akil n isteri
moga jodoh berkekalan dunia akhirat...

Alahai mesin basuh

Salam sejahtera semua...
semua dah sarapan? sarapan apa hari ni?
makan aje apa yang ada...
rezeki yang Allah bagi jangan ditolak..

pada yang duk di rumah, mesti lepas sarapan basuh kain...pakai mesin basuh semestinya..
tak boleh ingat zaman sekolah dulu.. basuh kain, baju, tuala, cadar dengan tangan... memberus... aduhai..

Bila dah berkeluarga, haruslah beli mesin basuh ni.. kalau boleh nak mesin yg siap lipat lagi...
memang memudahkan terutama bab kering mengering..

siapalah yang menciptanya.. terima kasih sesangat..


ni akak nak bgtau, akak ni dah guna mesin ni hampir 15 tahun... ye lah sejak ada anak sorang... hingga kini dah banyak kali rosak, tapi tetap direpair dek suami... maka hajat nak beli yang baru tertahan-tahan...
tengok la tang paip nya tu.. berbalut-balut... tapi mesin ni tetap setia memberikan khidmatnya.. masih menggunakan sistem lama.. bukan elektronik tau..

***Agak-agaknya, ada tak yang nak mesin ni? 
Bagi free... 
atau buat giveaway...??? 
nak tak? hahaha

Saturday, December 18, 2010

Shopping baju sekolah

Salam sejahtera semua.
.Setiap tahun mula sekolah dengan baju baru, seluar baru, kasut baru, beg baru...
Adakah azampun baru?

Tahun depan ikhwan dah tingkatan 3, nurul tingkatan 1 dan izham darjah 2.
Harap-harap tahun 2011 Masehi /1432 Hijriah, lebih baik dari tahun sebelumnya..
anak-anak perlu kuat semangat, penuh disiplin dan yang penting jangan tinggal solat..

minggu-minggu terakhir cuti ni, ramai yang mula sibuk membeli belah peralatan sekolah. seorang anak complete set : baju, seluar, kain, tudung, pakaian dalam, kasut, stokin, tali pinggang, beg, buku, alat tulis,...
belum lagi yuran sekolah, yuran pibg, yuran itu, yuran ini, yuran tuisyen, tambang van, bayaran taska...

Antara ayat-ayat cinta:
"kenapa semua nak di ambil kira? kan itu tanggungjawab ibu bapa?"
"pakai aja yang lama"
"kalau dua pasang seorang?"
"tiap kali tahun baru, semua nak baru"
"beli je kasut sepasang RM10"
"beli yang murah je"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...