Salam sejahtera semua...
WASIAT RASULULLAH SAW ~ 13 : KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
HAK wajib belajar antara lelaki dan perempuan sama-sama diwajibkan Allah. Kerananya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Menuntut ilmu itu adalah kewajipan bagi tiap-tiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan."
[HR. Ibnu 'Ady dan Baihaqi]
Oleh kerana anjuran yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kaum wanita, bahawa dalam menuntut ilmu pengetahuan itu sama-sama diwajibkan oleh Islam kepada kaum lelaki dan kaum wanita, maka kita temui dalam sejarah Islam ada wanita-wanita yang ahli dalam ilmu hadis, ilmu fiqh, ilmu kesusasteraan, pendidikan dan pengajaran, kedoktoran dan lain-lain.
Juga kepada suami diberitahukan oleh Rasulullah SAW harus memberi izin isterinya untuk pergi ke masjid, untuk belajar atau mengerjakan ibadah.
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila isterimu meminta izin kepadamu pada malam hari untuk pergi masjid, maka izinkan mereka itu."
[HR. Bukhari dan Muslim]
Di sini akan dikemukakan nama-nama wanita yang ahli dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.
Menurut riwayat Bukhari, wanita-wanita pernah berkata kepada Rasulullah SAW: Kami telah dikalahkan oleh kaum lelaki kera merekalah yang banyak mengambil waktumu, oleh kerana itu, tentukanlah satu hari untuk kami kaum wanita. Pada hari itu Rasulullah SAW menerima mereka untuk belajar. Oleh kerana itu, maka timbullah pada masa permulaan Islam wanita-wanita yang memegang peranan penting dalam perkembangan ilmu agama, terutama dari wanita-wanita Anshar.
Showing posts with label wasiat Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label wasiat Rasulullah SAW. Show all posts
Saturday, November 29, 2014
Saturday, November 22, 2014
Wasiat Rasulullah SAW 28: Larangan Memakai Rambut Palsu
Salam sejahtera semua,
WASIAT RASULULLAH SAW ~ 28 : LARANGAN MEMAKAI RAMBUT PALSU
SEORANG wanita telah datang menemui Rasulullah SAW, katanya kepada baginda:
"Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah diserang penyakit demam campak yang menyebabkan rosak dan gugur rambutnya, adakah boleh saya memakainya dengan rambut palsu?"
Rasulullah menjawab:
"Allah mengutuk perempuan yang menjadi tukang rambut palsu dan perempuan yang memakai rambut palsu." [HR, Bukhari dan Muslim]
Daripada Hamid bin 'Abd al-Rahman bin 'Auf beliau telah mendengar Mu'awiyah berucap di musim haji di atas suatu mimbar sambil beliau mencapai seikat rambut dari pada tangan seorang pengawal, katanya:
"Hai penduduk kota Madinah, di manakah Ulama'-ulama' kamu? Saya telah mendengar Rasulullah SAW melarang perbuatan seumpama ini sabdanya: "Sesungguhnya kemusnahan Bani Israel (Bangsa Yahudi) itu ketika kaum wanitanya memakai (rambut palsu)." [HR, Bukhari dan Muslim]
Allah SWT telah berfirman:
"Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya kepadamu maka tinggalkanlah." [Al Hasyr: 7]
Dari itu wahai kaum wanita, hindarilah dari perbuatan tersebut, supaya dirimu terhindar dari perbuatan haram, kerana tiada tempat lain bagi setiap yang haram melainkan santapan yang empuk bagi api neraka.
Lebih baik bertudung... pahalapun dapat..

Thursday, November 20, 2014
Wasiat Rasulullah saw 110: Selalu menunaikan hak suami
Salam sejahtera semua,
WASIAT RASULULLAH SAW ~ 110 : SELALU MENUNAIKAN HAK SUAMI
SEORANG perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya:
"Sesungguhnya sepupuku meminangku. maka sebelum aku berumah tangga, ajarkanlah kepada ku , apakah hak suami terhadap isterinya?
RASULULLAH SAW menjawab:
"Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum juga terbayar hak suaminya itu.
Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya."
[HR, Al-Hakim]

Wednesday, November 19, 2014
Wasiat Rasulullah saw 70: Dunia Tempat Perantauan
Salam sejahtera semua,

WASIAT RASULULLAH SAW ~ 70 :
DUNIA TEMPAT PERANTAUAN
RASULULLAH SAW bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini, seakan-akan orang yang merantau atau pengembara, jika engkau berada pada waktu petang, janganlah engkau menunggu waktu pagi, dan jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah menunggu pada waktu petang, dan pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati."

Tuesday, November 15, 2011
Selamat pengantin baru
Salam sejahtera semua
sempena tarikh 11.11.11
ramai yang mengambil kesempatan
melakar sejarah peribadi..
tarikh ni juga dipilih oleh Munira Azizuddin Shah
bersama pasangannya Mohd Al Najiv Hassan
untuk menikah dan seterusnya 12.11.11 untuk majlis persandingan..
tahniah kepada sepupuku Munira bt Azizuddin Shah
didoakan semoga perkahwinan kekal abadi dunia akhirat
dikurniakan zuriat soleh solehah..
Amin..
posing dulu sblm bernikah
ibu bapa pengantin perempuan..
Thursday, December 30, 2010
SYIRIK KECIL
Salam sejahtera semua,
dah lama pulak tak berdakwah di medium maya ni.. hehehe
jom!
WASIAT RASULULLAH SAW ~ 76 ~ SYIRIK KECIL
RASULULLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya kebimbangan yang sangat membimbangkan atas umatku adalah syirik kecil."
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah syirik kecil itu?""Riya'"
ALLAH SWT berfirman pada hari kiamat ketika memberikan balasan kepada manusia dengan balasan yang sesuai dengan perbuatannya: "Pergilah kepada orang-orang yang telah kamu membuat riya' terhadap mereka di dunia, lalu lihatlah apakah kamu mendapat balasan di sisi mereka."[HR Ahmad]
***Mudah-mudahan kita terhindar dari perbuatan riya'...
so jgn riya' sangat bila Malaysia menang piala AFF Suzuki...
Saturday, November 27, 2010
Ini bukan entry lucah... sekadar mengingatkan...
Salam sejahtera semua...
Cuti sekolah baru seminggu..sana sini ramai yang mendirikan rumahtangga.. selamat melayari alam perkahwinan yang perbagai coraknya...aminnn moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..dunia akhirat...
sekadar berkongsi pengetahuan yang ada...jommm
WASIAT RASULULLAH SAW ~78
MEMAKAI SELIMUT KETIKA MELAKUKAN PERSETUBUHANKetika melakukan persetubuhan, boleh membuka aurat, tetapi tidak boleh bertelanjang bulat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seorang suami mendatangi isterinya maka hendaklah berselimut, jangan telanjang, seperti telanjangnya binatang."
[HR. Ibn Majah]"Jangan kamu bertelanjang, kerana engkau selalu ditemani oleh yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali sewaktu kamu berada di tandas dan sewaktu orang mendatangi isterinya, malulah engkau kepada mereka dan hormatilah mereka (para malaikat)"
[HR. Termizi]***ramai yang kata "syoknya kawin"
Wednesday, November 24, 2010
WASIAT RASULULLAH S.A.W ~73~
PEMURAH DALAM BERSEDEKAH
Salam sejahtera semua..
RASULULLAH SAW BERSABDA:
"Adapun orang-orang yang pemurah itu dekat kepada Allah dan kepada manusia, dekat kepada syurga dan jauh dari neraka.
Orang yang bakhil itu, jauh dari Allah dan dari manusia dan jauh dari syurga, dan dekat kepada neraka.
Orang jahil tapi pemurah lebih disukai Allah daripada orang yang taat ibadahnya tetapi bakhil."
[HR. Tarmizi dan Baihaqi]

Friday, November 19, 2010
Suara yang paling suka didengar oleh Allah
WASIAT RASULULLAH SAW.. ~ 64
Rasulullah SAW bersabda:
"Allah Yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh minat kepada suara pembaca Al Qur'an lebih daripada seorang tuan yang mendengar suara hamba perempuan yang menyanyi.."
[HR> Ibnu Majah]

Friday, November 12, 2010
IBU BAPA YANG BERUNTUNG
WASIAT RASULULLAH SAW ~62
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
RASULULLAH SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di rumah-rumah kamu di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya..."
[HR: Ahmad dan Abu Hakim]

Wednesday, November 10, 2010
WASIAT RASULULLAH S.A.W ~61~
HATI YANG KOSONG DARI AL-QUR'AN
RASULULLAH SAW bersabda:
"Seseorang yang tidak ada sebahagianpun Al-Qur'an di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong."
[HR. Al-Hakim]
RASULULLAH SAW bersabda:
"Seseorang yang tidak ada sebahagianpun Al-Qur'an di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong."
[HR. Al-Hakim]
Saturday, November 6, 2010
WASIAT RASULULLAH S.A.W ~60~
UBAT BAGI HATI YANG BERKARAT
SABDA Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seseorang bertanya, "apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah SAW bersabda:
"Selalulah ingat mati dan membaca Al Qur'an."

Friday, November 5, 2010
WASIAT RASULULLAH S.A.W ~59~
PAHALA BAGI ORANG YANG MENDENGAR BACAAN AL QURAN
SABDA Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mendengar satu ayat daripada Al Qur'an, akan dituliskan untuknya dua kali ganda kebaikan dan barangsiapa membacanya (satu ayat), ia akan menjadi nur kepadanya pada hari kiamat."
[HR, Ahmad]
Mudah-mudahan sempena Jumaat, penghulu segala hari , menjadikan kita insan yang berubah kepada yang lebih baik dari semalam...

Friday, February 5, 2010
Menerima ciuman suami ......

........di bulan puasa...
"Dari 'Amr bin Abi Salamah r.a. bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah SAW: "Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium?"
Jawab Rasulullah SAW: "Tanyakanlah kepadanya," (sambil beliau menunjuk kepada Ummu Salamah, isteri Rasulullah)."
Ummu Salamah menceritakan kepada 'Amr, bahawa Rasulullah pernah menciumnya.
Kata 'Amr, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang."
Jawab Rasulullah: "Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya aku orang yang paling taqwa dan yang paling takut kepada Allah daripada kamu semuanya."
(HR. Muslim)
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas adalah sebagai alasan bahawa si isteri tidak berdosa menerima ciuman suaminya pada siang hari bulan Ramadhan.
Pada hadis yang lain pula diterangkan:
Dari Aisyah r.a katanya: Nabi SAW: ingin menciumku. Lalu aku katakan kepada beliau : "Aku puasa!
Jawab Rasulullah: "Aku juga puasa. Lalu beliau menciumku."
"Hakim bin 'Aqqaal bertanya kepada Aisyah r.a: "Apakah yang haram bagiku terhadap isteriku ketika puasa?"
Jawab Aisyah: "Farajnya!"
"Masruq bertanya pula kepada Aisyah r.a: "Apakah yang halal bagi seorang lelaki puasa terhadap isterinya?"
Jawab 'Aisyah: "Segala-galanya, selain berjimak."
Friday, March 27, 2009
Lagi... Wasiat Rasulullah SAW
Dah lama tak buat n3 ni. Share dengan kawan-kawan semua. Maklum saja.. tugas guru menyampaikan ilmu yang ada. So sekadar berkongsi perkara yang baik, apa salahnya. Kadang-kadang kita tak sempat baca buku agama. Nak beli.. hemmmm apatah lagi.. kalau beli majalah or buku resepi.. cepat je. jgn marah tau!
JANGAN JADIKAN AL QUR'AN SEBAGAI BANTAL
RASULULLAH SAW Bersabda:
"Wahai ahli-ahli Al Qur'an, janganlah gunakan Al Qur'an sebagai bantal, tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, bukalah kitab suci itu, bacalah ia dengan suara yang baik dan fikirkanlah kandungan-kandungannya, dengan demikian kamu akan memperoleh kejayaan. Janganlah kamu gunakannya untuk mendapatkan ganjaran darinya di dunia ini, kerana ianya mempunyai ganjaran yang paling besar di akhirat nanti."
**********
tak tergamak rasanya nak membantalkan Al Qur'an. InsyaAllah barang siapa yang membaca Al Qur'an, ada syafaatnya menanti di akhirat. Pastinya sebagai seorang Islam, kita akan merasai nikmat selepas membaca Al Qur'an. Percayalah, kalau rasa susah hati, ambil wuduk dan bacalah Al Qur'an, InsyaAllah.. hati akan tenang...

[HR. Baihaqi]

Saturday, February 14, 2009
Wasiat Rasulullah SAW
BERBICARA DENGAN PENUH KASIH SAYANG KEPADA SUAMI
Wanita yang solehah itu apabila ia berbicara dengan suaminya, ia selalu menunjukkan sifat kasih sayang, dengan bahasa yang lemah lembut dan sopan santun.
Janganlah seorang isteri bercakap kasar terhadap suaminya, atau memarahinya, apalagi membentak-bentak. Jika suami secara kebetulan belum mendapat pekerjaan, janganlah siisteri menunjukkan sikap benci, kerana apabila sikap baik yang dilihatkan oleh isteri kepada suaminya, ianya akan mendorong hati suami untuk bekerja keras. Akan tetapi sebaliknya, jika si isteri selalu marah-marah, maka hal yang demikian itu akan membuatkan hati suami menjadi resah, bahkan mungkin dapat membunuh gairahnya untuk bekerja.
Justeru itu hendaklah isteri selalu menunjukkan wajah yang berseri dan cerah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya apabila suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika sisuami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."
[HR. Maisyarah]

Wednesday, February 4, 2009
Keutamaan Mempunyai Anak Perempuan
Imam Ghazali dalam perkara ini berpendapat; hendaknya orang jangan terlalu gembira kerana mempunyai anak lelaki, dan jangan pula terlalu susah kerana mempunyai anak perempuan, kerana dia belum tahu mana di antara mereka yang lebih baik. Banyak orang yang mempunyai harapan supaya mereka dapat anak lelaki, dan banyak juga yang mengharapkan supaya mereka mempunyai anak perempuan, untuk diketahui bahawa kebahagiaan itu biasanya terdapat pada banyaknya anak perempuan, dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak-anak perempuan.
Dalam perkara ini Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya."
[HR. Bukhari dan Muslim]
"Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka."
[HR. Bukhari dan Muslim]
"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."
[HR. Tarmizi dan Abu Daud]
"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dipeliharanya, disayanginya dan dididiknya, tentulah ia mendapat syurga."

Friday, January 16, 2009
Redha Terhadap Qadha dan Qadar Allah
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dari padaku."
(HR. Thabrani)
Dalam Al-Qur'an Allah berfirman yg bermaksud,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan:"Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)."
(Al-Ankabut: 2-3)
Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat, dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah."
(HR. Thabrani)
Friday, December 26, 2008
WASIAT RASULULLAH SAW
~2~ SELALU MENYENANGKAN HATI SUAMI
Rasulullah SAW bersabda:
"Sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Para sahabat menjawab; "Tentulah sahaja kami suka." Maka Rasulullah SAW bersabda, "iaitu setiap isteri yang kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, "Inilah tangan ku terserah kepadamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela kepadaku."
[HR. Thabrani]
Isteri yang solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya, ia selalu berusaha untuk menghilangkan kesusahan suami dan ikut serta membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
Thursday, December 25, 2008
CINTA BERALIH ARAH
Macam pelik je tajuk tu kan? Sajelah. Bila nak habis tahun hijrah dan masehi ni pasti ramai yang menanamkan azam baru ataupun meneruskan azam lama yg tak tertunai. Dua tiga hari saja kita umat Islam nak meninggalkan tahun 1429H dan menyambut kehadiran 1430H. Mengucapkan selamat tinggal kepada 2008 dan hello kepada 2009. Banyak mana amalan dan kejahatan yg dah kita lakukan. Sesungguhnya semakin umur bertambah, perwatakan dan pengalaman juga berubah seiring. Seiring sejalan kata Sharifah Aini dan Broery.
Aku memang suka membaca. Sejak umur 5 tahun lagi. Minat itu terus membara biarpun usia dah banyak. Tapi aku ni suka sangat baca majalah. Memang banyak ilmu yg boleh kita dapat. Tapi bila bab buku, kureng sikit sebab buku ni menjadikan aku macam seorang ulat buku.
Namun, azam ku tahun baru yg bakal menjelma ni aku cuba utk beralih arah kepada cintakan buku pulak.
So sekarang berjinak-jinak dengan buku ni dulu...
Sebagai seorang isteri, mesti nak jd wanita solehah.
Aku petik wasiat Rasulullah saw yg pertama:
"Di antara tanda-tanda dari wanita yang solehah itu ialah ketaatannya kepada suaminya. Taat kepada suami mempunyai tempat yg kedua setelah taat atau patuh terhadap perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya."
So,
jom ramai-ramai kita mengaliharahkan cinta kita....
Subscribe to:
Posts (Atom)