Salam sejahtera semua..
Oppss! Oppss! Oppss! Oppss!
ni bukan mengutuk boss kat tempat kerja saya..
tapi saya nak share saya sedang menelaah novel ni sekarang setelah tamat membaca novel yang tebal tebal..
cinta hilang kata dan cinta .jangan lari dari ku...
oh! dah letih baca kisah cinta.. kita tukar ke novel kelakar tapi masih berkisar tentang cinta..
muka depan novel yang kelakar. En. suami asyik jeling manja je bila saya mengekeh ketawa bila sampai "part" yang kelakar.. Aduhaiii. nak buat macammana...
ok.. ni blog Dekna Lee, penulis novel tu..
Sedikit petikan dari novel ni..
Bab 30:
"Abby, awak jangan lama-lama sangat naik beca tu. Nanti dia bawa awak lari ke rumah dia pula!" Arrayyan berpesan kepada Abby yang teringin benar nak merasa naik beca. Abang beca itu hanya tersengih-sengih mendengar kata-kata Arrayyan. Arrayyan sudah mengajaknya untuk naik sekali tetapi Abby kata, Arrayyan tu berat. Dicampur pula dengan berat dosa dan berat badannya, nanti kesian abang yang kayuh beca ni...
Arrayyan tergelak sahaja bila Abby kata yang dia itu berat dengan dosa. Dia naik beca satu lagi. Mereka beriringan pada mulanya. Arrayyan tersenyum memandang Abby yang tampak gembira sungguh dapat menaiki beca itu."
~Kisah yang santai.. saya memang suka baca novel...~
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.