"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dari padaku."
(HR. Thabrani)
Dalam Al-Qur'an Allah berfirman yg bermaksud,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan:"Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)."
(Al-Ankabut: 2-3)
Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat, dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah."
(HR. Thabrani)
semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha dan tabah dengan ujian dariNya... Amin....
ReplyDeletesiti_m,
ReplyDeletebegitulah harapannya.