Salam sejahtera semua..
Baru sempat nak update blog yg dah bersawang.
Tak tau topik apa yang nak disembangkan.
Yang pasti, saya memang sangat sibuk.
Setiap pagi rutin harian saya ialah menghantar anak ke sekolah. Tak sempat nak buat breakfast.. tapi sempat membeli belah utk sarapan on the way ke sekolah anak2. Haha.. memang cukup ringkas.. tapi kena pandai pilih gerai yang bersih.. makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Maklum saja.. kalau sakit perut.. susah juga dibuatnya...
Saya sempat bersarapan sebelum memulakn tugas mengajar. Bersarapan sekenyangnya like a king.!.. kelas saya bermula seawal 930 setiap hari... namun bukan tugas mengajar saja... kertas tugasan perlu disemak. Dibuatkn analisis. Diulang jika markah pelajar tidak memuaskn. Saya bukan mengajar satu kelas.. tetapi tujuh kelas. Darab saja tujuh dengan tiga puluh... oh! Menitik peluh dibuatnya. Waktu tiada kuliah tumpu pulak pada kerjà2 peperiksaan.
Memang pening bila kita mengambil alih tugas orang. Tapi digagahkan juga. Sudah diamanahkan... terima dengan rasa penuh tanggungjawab. Kadang2 terfikir juga kenapalah kerja2 ni perlu diberi kepada guru. Banyak sangat urusan pengkeraniannya... sehingga menaip surat.. membuat minit mesyuarat... sabarkan saja.Tu belum lagi bab membuat analisis... Anggap semua kerja itu ibadah... niat kerana Allah. Sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa beri kekuatan minda dan fizikal...
Kalau dulu bekerja setakat jam 2 ptg.. skrg tidak lagi. Hari2 8-5.. isnin-jumaat... sabtu dan ahad la ruang masa yg ada utk rumahtangga sepenuhnya. Mujur anak2 dan suami memahami. Membawabalik kerja sekolah ke rumah menjadikan saya sangat bersalah. Apakan daya...
Saya sentiasa berdoa agar setiap orang faham dengan bidang tugas ini. Juga sentiasa berdoa agar anak didik berusaha sedaya upaya memajukan diri. Bukaan sekadar menjadi cawan kosong... menanti dituangkan air manis dan menjadi tepu.... saya mengharapkan mereka sentiasa proaktif.. inovatif dan kreatif...
Seperti mana anak2 didik .. saya juga mengharapkn anak saya juga cemerlang dlm pelajaran.. cemerlang sebagai anak, pelajar dan hamba Allah yang tidak melupakn tanggungjawab yang wajib...
Oh! Dah banyak saya tulis. Kalau ada masa dan ruang.. saya akan menulis lagi...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.