Salam sejahtera buat pengunjung blog saya yang saya sanjungi...
Kekangan masa membuatkan saya agak leka untuk update blog ini. Bukan lupa. Sentiasa di hati.
Hari ni rabu 11.3.2015 saya bercuti.
Cuti rehat khas bagi kakitangan kerajaan bergelar guru. Rehat kerana jaga en. Suami yang tidak sihat. Gastrik yang teruk.
Sebenarnya semalam 10.3.2015 saya dah bawa dia ke emergency hospital. Nasib baik hospital kat sebelah rumah je.
Lepas maghrib en. Suami dah tak tahan menanggung sakit. Tiba di hospital.. terus buat ecg. Kot2 ada masalah jantung. Menunggu lagi slps doktor Taqiuddin memantau, mengambil darah dan memeriksa perut. Disebabkan ini kali kedua nak pergi ER maka saya dah bagi makan en. Suami dan perut saya juga.. hehe.. saya bawak bekal roti, kurma dan air. Macam nak berkelah. Bukan apa.. tak payah saya kelam kabut cari kedai jika en. Suami nak makan atau minum. Haaa.. satu tote bag penuh siap tisu sekali. Sbb lps buat ecg tu.. banayak gel melekat sana sini... kena lap sendiri..
Alhamdulillah slps diberi ubat "kapur" tu.. saya lihat en. Suami lena tidur dan sayapun nak mencari tempat duduk melabuhkan pinggang sebentar selepas hampir 2 jam berdiri. Oh! Saya dah terlena rupanya bila handfon saya berdenting...
"Aku ada kat bilik pemerhatian hari tu"
Teks en. Suami saya baca sambil mengesat mata. Dengan pengalaman yang ada saya dapat melepasi makcik guard hospital ke bilik pemerhatian..
dan macam hari tu juga..
"Abg dah boleh balik. Saya bagi ubat. Jika ada sakit lagi.. datang lagi.."
Alhamdulillah. Cuma gastritis.
Nampaknya saya kena lebih "jaga" makan en. Suami dan pastikan dia tak stress...
semoga Allah menyembuhkan sakitnya.. Aamiin..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.