Sunday, January 4, 2015

Seminggu sebelum sesi persekolahan 2015 bermula

Salam sejahtera semua..

Selepas pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015.. sempat juga saya menarik nafas lega untuk uruskan hal anak-anak untuk bersekolah. Walau cuti penggal untuk kolej selama 7 minggu yang dikira agak lama... namun cuti kali ni agak kelam kabut kerana suami saya berkursus 2 minggu dan anak bongsu berkatan pulak minggu berikutnya.

Suami tidak sihat sejak balik berkursus. Menjaga yang berkatan lagi. Saya dah macam misi pulak. Menjaga org sakit dan org berpantang sekaligus. Memang agak sukar. Namun redho... Saya banyak berdoa semoga saya terus diberikan Allah sifat sabar dan diberi kudrat untuk menempuh semuanya... Percaturan Allah adalah yg terbaik.

Saya sempat menjahit 4 helai kain sekolah untuk anak dara saya Nurul. Alhamdulillah tanpa gagal... haha..
Masih sempat menyiapkan modul untuk saya mengajar pelajar sem3 diploma vokasional 2015. Walau agak lewat... semuanya dimudahkan Allah swt.
Next mission: nak kena potong kaki seluar izham. Biasa bila beli seluar jenama €@#&&!¥ ni. memang kena potong. Sejak zaman ikhwan lg. Tp kain jenama ni berkualiti...

Minggu depan 12/1/2015 baru nak mula sesi sekolah. Banyak lagi perkara yang akan dilakukan. Semoga semuanya dimudahkan Allah...

2 comments:

  1. Dah semkin sibuk nampaknya cikgu. Masih boleh panggil cikgu ke? Atau panggilan 'Madam' lebih sesuai untuk pensyarah di KV?

    ReplyDelete
  2. Saya lebih selesa dipanggil guru. Mudah. Yg penting kerjaya masih mengajar dan mendidik.
    Sibuk terutama di awal tahun... nak dptkn momentum tu slps sebulan ++ bèrcuti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...