Sunday, April 25, 2010
bercinta dengan kerja...
mengajar adalah profesionku. menjadi seorang guru pada mulanya hanya mengisi ruang masa mendapatkan kerja yang lebih baik.. "system analyst".. huhuhu.. namun aku sedar, hatiku bukan ke arah itu. telah dua kali aku menghadapi temuduga sebagai "system analyst".. tp aku berkata pada diriku sendiri.. itu bukan yang terbaik untukku...
lantas, antara rasa ragu, aku mengisi borang KPLI dan Diploma pendidikan sekaligus (yg pd masa tu memang diasingkan.. KPLI di maktab perguruan dan Dip Ed. di univ.)
menghadiri temuduga KPLI menjadikan aku seperti kanak-kanak sekolah... buat karangan dan terangkan mengapa anda nak jd cikgu..
menghadiri temuduga Dip Ed menjadikan aku seperti masuk ke univ. turun pangkat kerana aku dh ada ijazah masa tu... (seperti yg arwah abah sebut "dah ada ijazah, tetiba nak undur balik ambik diploma???" - maaf abah.. abah memang tak akan faham!)
dan akhirnya aku berjaya menurut kata hati.. menjadi cikgu!
berbekalkan pengalaman menjadi guru ganti dan guru sandaran, aku akhirnya dihantar ke daerah manjung yg aku hanya tahu ianya sinonim dengan "Pesta Lumut"
aku bercinta dengan kerjayaku... cikgu maths.. cikgu add maths! mengajar pelajar vokasional yg 17 tahun lalu sangat fobia dengan maths apatah lagi add maths!
kekadang tersentuh hati melihat anak bangsaku sendiri yang bersungguh-sungguh mencintai subjek yg ku ajar, walaupun setiap kali mendapat keputusan mengecewakan! sehinggakn mereka pernah bertanya...
"Cikgu, lepas sekolah.. masa kerja nanti ada ke kita guna formula maths ni?"
aku diam tidak menjawab ... sebaliknya menyuruh mereka berfikir sendiri... berfikir jauh jauh dan diluar kotak fikiran mereka... akhirnya mereka senyum sendiri...
dan kini selepas 17 tahun juga aku bercinta dengan kerjayaku... masih lagi... walau bukan lg cikgu maths, aku dh jatuh cinta dengan kerjaya cikgu fop!!!! ya.. cikgu mengajar programming.. arghhh aku tidak boleh lari dari "kepandaian"ku sendiri.. sesungguhnya aku redha dengan kenikmatan yg dianugerahkan kepadaku...
Aku cinta kamu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat petang cikgu!!
ReplyDeleteann...
ReplyDeleteselamat malam..