Friday, February 19, 2010
Hari Jumaat yg penuh berkat
Sekolah aku memang pelik sikit. Kami mengadakan perhimpunan sekolah setiap hari Jumaat. kalau sekolah lain, rasanya majoriti adakan perhimpunan hari Isnin. ... dan setiap kali perhimpunan minggu ketiga, perhimpunan akan diadakan dalam Bahasa Inggeris.
Hari ini Jumaat minggu ketiga. bila kena berucap guna B.I, ramailah yg tolak menolak. Maka yg jadi mangsa, cg BI diwajibkn bertugas pd minggu ketiga ni... hehehe.. bukan apa, takut terbelit lidah dan jd mangsa ketawa pelajar...
dan setiap kali perhimpunan juga, pengawas bertugas diwajibkn membaca doa. Bila doa dlm BI, ntah apa butirnya yg diucapkan. ngok ngek ngok ngek... at last... guru kanan bahasa yg kebetulan memang cg BI terpaksa mengulang bacakan doa tersebut. satu persatu dan jelas tutur bahasanya. baru faham dan terasa hampir menitis airmata bila mendengarkan doa yg dipanjatkan di pagi Jumaat yg penuh berkat. Terima kasih rakanku Pn Kamariah Sulaiman yg berjaya mencuit hati ini di pagi hari. Pn Kamariah yg kukenali lebih 16 tahun yg lalu... kami masih di sini, smv seri manjung mencari rezeki.
apapun bahasa yang digunakan, jika dibaca penuh penghayatan... pasti menyentuh kalbu....walaupun terkadang tidak faham akan maknanya..
p/s thanks to Li Na @ vokasma_today
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tu cikgu, kalau menghayati boleh sayu hati. Bagusnya SVSM buat program english camtu, at least students peka dan sedikit sebanyak buat ground work as early preparation
ReplyDeleteorg2 kita ni memang lomah pesal BI. pokcik pun 2x5 jugak. elok jugak buat sebulan sekali... bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa... ;)
ReplyDeleteslmt berhujung minggu yg gembira...
ReplyDelete