Minggu ni agak slow berblog memandangkan sibuk memulakan persekolahan. Sungguhpun begitu sempat juga menjengah rumah kawan-kawan maya.... dan hari ni agak terkesima bila tengok blog list dan mata tertumpu pada blog Sekondakhati. bila terpapar ayat berikut...
Anak Rao Gunung Mesah, Gopeng berandai...
dan...
Terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan kepada Pak Jari Basurek melalui blognya Sekondakhati. kerna sudi meng"entri"kan naskah yang pernah ku catatkan di blog ku di blog Sekondakhati.
Untuk pengetahuan , blog Sekondakhati. dikendalikan oleh Jari Basurek, anak kelahiran Temoh, Perak yang juga berketurunan Rawa. Maknanya mungkin dari waris keturunan yg sama...
Sedikit info maksud sekondakhati:
Sekondak Hati ialah nama seorang pahlawan Rao yang datang menerokai belantara Tanah Melayu untuk dijadikan lokasi baru di Perak bagi keturunan Rao yang sering diburu Belanda selepas tewas dalam Perang Paderi sekitar 1838 di Sumatera Barat. Gemulah dikenali sebagai Sutan Sekondak Hati dan dipercayai "roots"nya masih ada lagi di negara ini dan dianggarkan sudah menjangkau empat generasi.
*Rao=Rawa
Bila baca blognya rasa teruja untuk mengenal asal usul sendiri. Maka dengan ber'blog' boleh menjadi medium menjejak waris dan juga rakan-rakan lama yang lama terpisah. InsyaAllah suatu hari boleh join JARO dan menjejak kaki di tanah tumpah darah nenek moyang ku.
kak,maktok saya sebelah mama ade lagi sedara mara kat Gunung Mesah...nak kata selalu sangat kitorang g sane tu x la..tapi setiap kali pegi umah Tok Sariah tu, maktok saya akan "speaking" Rawa la...saya ni x faham...tapi mama saya faham cuma x bole nak cakap je...saya sentiasa teruja bila dengar maktok saya cakap Rawa...hehehe...sbb bahasanya pelik n unik....
ReplyDeleteluth masih keliru asal usul orang rawa..
ReplyDeleteorang rawa asalnya dari tanah seberang ke untie?
lillies,
ReplyDeletemungkinkah kita bersaudara? akak memang asal dr situ.
luth,
ReplyDeleterawa, jawa, minang, banjar.. semua asal dr seberang. Org asli je pribumi. tp kita peneroka asal tanah melayu. sebab tu dulu malaysia ni tanah melayu...
bole jadi jugak kak..kg maktok sy tu kat jalan kubur..akak lak?seyes ni, tgh menjejak kasih....saya nak sgt tau susur galur saya....
ReplyDeletelillies,
ReplyDeleterumah mak akak betul betul sebelah masjid tu. Macik Mariah... ha tu mak akak la..