Tuesday, January 6, 2009

Hari kedua sekolah 2009

Hari ini lebih baik dari semalam.... Alhamdulillah setelah pelbagai usaha yg kulakukan, hari ini Am nak jugak ke taska walaupun masih berat untuk ke tadika. Pesan pada guru tadikanya, tolong bagi masa utk Am refresh balik. Bukan nak bagi muka pd anak, tapi aku dah ada pengalaman anak yg tadika setahun, tadika dua tahun dan tadika tiga tahun.

So, ingatan aku kpd ibu bapa yg hantar anaknya ke tadika sejak usia anak 3 atau 4 tahun, pandai-pandailah. Anak kecil ni banyak ragamnya. Lazimnya mereka cepat bosan dan mereka juga sentiasa ingat kepada sesuatu perkara sama ada negatif atau positif. Kalau boleh tak perlu hantar anak awal utk tadika. Lebih baik kita hantar anak ke kelas khas sama ada kelas muzik, kelas agama yg tak memerlukan mereka datang hari-hari.

Dah masuk hari kedua ni, pastinya guru dah agihkan buku teks utk murid. Alhamdulillah utk tahun ke tiga tak perlu beli buku teks. Dapat pinjam. Terima kasih cikgu....

"Mak, hari ni Nurul dah dapat buku teks. Nurul pilih yg cantik-cantik dan semuanya berbalut...."
girang sekali suara Nurul, anak keduaku...

"Bijak jugak budak ni..." bisik hati kecilku..

Namun bila melihatkan buku teks menengah Ikhwan yang separuh lusuh, aku tak perlu bersuara kerna hati kecilku telah berkata... "begitulah bezanya anak lelaki dan perempuan"



Bukan cantiknya buku menjamin "kepandaian" seseorang... Tetapi sedikit sebanyak menjadi motivasi bila keadaan buku itu "segar", maka seronok untuk membacanya.

Selesai kisah anak-anak, kisahku dan suami di sekolah memang sesi yang memenatkan. Biasalahkan awal tahun. Macam-macam yang nak dibuat. Enjin tengah panas lagi. Macam-macam idea. Macam-macam perkara yg nak di'meeting'kan. Balik rumah memang flat habis...


Maka ..... selesai hari kedua sekolah...

5 comments:

  1. Salam Kak Lin,
    Selamat tahun baru! Moga murah rezeki dan dipermudahkan segalanya tahun 2009.

    Emm, budak lelaki memang gitu ye...
    Buku di dlm beg tu kalau tak diperiksa, memang boleh jadi belacan biarpun tak sampai setengah tahun lagi... tapi lagi sakit hati kalau buku latihan tu masih cantik, bersih dan suci, tak disentuh langsung biarpun dah hujung tahun.... (ha! ha! ni bercakap berdasarkan pengalaman dgn syafiq kita tu....)

    ReplyDelete
  2. salam kak -neddy ni-

    erm akak, tingat lak neddy time skolah2 dulu bila bc entry akak nih..ermm neddy dulu2 pun sll make sure dpt buku yg ok dan dh berbalut.. tak payah la ssh2 mama&papa beli pembalut lagi..ehe..
    teruskan tulis bout sekolah ek kak..sbb neddy windu sgt kenangan kt skolah...ehe..

    selamat menyambut 10muharam..

    ReplyDelete
  3. Salam Lily,
    terima kasih. Salam tahun baru juga.

    bila mengenangkan perangai anak-anak ni kita senyum sendiri dibuatnya. Agaknya macam tu juga mak kita fikirkan ek?

    ReplyDelete
  4. Neddy,
    macam perangai nurul jugak...

    insyaAllah. akak cuba buat banyak entry pasal skul. jgn jemu sudah. sekrg kena korban masa tidur utk berblog.

    ReplyDelete
  5. salam ziarah dari penang

    mailah jengok kalau ada masa...

    www.cabai-kering.blogspot.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...