Tuesday, February 19, 2013

rutin harian

Salam sejahtera semua

setiap hari melaui jalan yang sama ke tempat kerja.. jika trafik tidak sesak, hanya 2 minit diperlukan untuk sampai ke tempat kerja.. besst kan???

tidak boleh membayangkan jika nak pergi/balik kerja berjam-jam.. huhuhu
Bersyukurlah..

Wednesday, February 6, 2013

cuti tahun baru cina dan undangan perkahwinan




Salam sejahtera semua..
minggu ni agak sibuk bagi saya. selain menjaga ibu yang sakit, saya juga sibuk dengan penyediaan modul pengajaran dan pembelajaran serta latihan kuiz dan tutorial pelajar saya. Sebenarnya saya lebih suka update status saya di facebook atau pun di twitter. mudah dan pantas. lagipun senang kawan-kawan nak komen.

kelam kabut juga nak siapkan tugasan menanda hasil kerja pelajar sebab saya suka bagi kerja kat students saya tp malas nak menanda.. hehehe..

lebih sibuk bilaa saya di"perlu"kan "beralih" ke tempat baru.. aduhai... tak larat dah setiap tahun buat perkara yang sama.. tapi nak buat macam mana sebab saya yang menurut perintah. Kalau saya boss.. lainlahkan... suka suka hati saya je nak buat apa..

ecececeh.. saja je saya tunjuk foto barang saya yang tak stabil!
hahaha


minggu depan, cuti tahun baru cina. memang banyak sangat undangan perkahwinan yang saya dapat.


http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc6/211064_246289952171106_626385948_n.jpg
ini kad undangan dari bekas anak didik saya norhanida

saya juga dapat kad undangan dari YB Dato' Seri Kong Cho Ha
 

ke jamuan tahun baru cina
sebab saya ni AJK PIBG sekolah anak saya..

tak sure dapat pergi ke tak sebab saya dah bercadang nak ke rumah kawan lama saya yang dah 28 tahun tak jumpa..
jodoh diapun baru sampai..
mesti best sbb yg penting ialah erti persahabatan.

ok.. jumpa lagi..






Friday, February 1, 2013

February tiba

Salam sejahtera semua

Hari ini dah masuk bulan february 2013. sekejap je sebulan kan?
walau apa juga cabaran, dugaan dan peristiwa yang berlaku sepanjang january, anggaplah ianya dapat memberikan pengalaman paling berharga buat diri masing-masing..

Belajar dari kesilapan adalah guru yang paling baik buat diri sendiri. walau bagaimana juga kita menanganinya, sepatutnya kita bersyukur kepada Allah... Allah memberi kita ruang waktu untuk muhasabah diri.. gunakan sebaiknya.

bagi diri ini, setiap ujian yang Allah berikan baik dari segi kesihatan, kekayaan, ruang bernafas, kesulitan dan segalanya adalah nikmat yang tidak ternillai...semoga hati ini terus istiqomah dalam meneruskan kehidupan... Aminn.

Tuesday, January 29, 2013

RTC Gopeng

Salam sejahtera semua

mungkin dah ramai yang tahu tentang RTC Gopeng. 
juga ramai yang dah berkunjung ke sana agaknya..
disebabkan rumah mak kat area gopeng,
memang dekat sangat le..

dulu RTC ni dipanggil TEMAN

macam-macam ada..

 kat agro mall tu dijual macam macam produk hasil tempatan
kat dalam tu jugak ada pasaraya mydin dan restoran kfc

pengguna lebuhraya PLUS boleh singgah di rnr RTC
ada disediakan kemudahan surau, tandas, tempat makan,
bank, tempat anak2 bermain..
 
 

jom le singgah reramai ye..

Friday, January 25, 2013

Selepas 3 minggu kembali bekerja

Salam sejahtera semua

Hari ini dah jumaat. bersamaan 25 January @ 13 Rabiulawal..
Hampir 3 minggu memulakan tugas..
alhamdulillah..
Rutin harian macam biasa
mengajar pelajar yang cuma 50% nak belajar
selebihnya sekadar hadir, dengar dan tidak serius..
Telah berulangkali menasihat namun persis masuk telinga  kanan, keluar telinga kiri..
bagai mencurah air di daun keladi..

Namun, tahun ni secara peribadi..
lega juga apabila diberi buku perancangan..
mudah untuk mengurus anak buah dan juga anak didik.
bila usia semakin meningkat, pengalaman semakin bertambah ..
semoga kehidupan seterusnya mendapat lebih berkat dari Ilahi
tiada siapa yang boleh merubah diri sendiri kecuali diri sendiri..
setiap yang dilakukan, pasti ada pro dan kontra
semoga Allah akan terus cekalkan diri ini untuk menghadapi segalanya..
bersabar adalah kunci yang paling penting...


 

 
 sejak sepenuhnya bergelar kolej, visi misi juga bertukar..
InsyaAllah jika kita sentiasa berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah..
Dia akan memberikan kita kejayaan..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...