Saturday, August 16, 2008

Congrats Lee Chong Wei



Chong Wei berpelukan dengan jurulatihnya, Misbun Sidek selepas menewaskan Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11 dalam saingan suku akhir.


REAKSI Lee Chong Wei setelah menumpaskan Lee Hyun-il dari Korea, 21-18, 13-21, 21-13 , di Gelanggang Badminton Olimpik Beijing, petang semalam. - Foto AP

Dalam perlawanan akhir malam esok, Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China yang menewaskan rakan senegara, Chen Jin 21-12, 21-18 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ia sekali gus mengatasi pencapaian Rashid Sidek yang meraih gangsa acara sama pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Malah, kemaraan ke final menjamin Chong Wei sekurang-kurangnya menyamai pencapaian terbaik negara - pingat perak - menerusi beregu, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock, 12 tahun lalu.

GOOD LUCK !!!

Friday, August 15, 2008

Gopeng - Asalku disitu




Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.
Lebih daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng. Kaum-kaum lain yang tinggal di Gopeng termasuklah orang India (terutamanya orang Tamil), Melayu dan Orang Asli.

Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.

Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:

Kopisan Baru,Lawan Kuda Baru,Taman Kinta,Taman Gopeng Baru,Kampung Tersusun Kampung Pulai,Kampung Tersusun Gopeng,Kampung Lawan Kuda,Kampung Jahang,Kampung Jelintoh, Kampung Sungai Itek,Kampung Pintu Padang,Kampung Gunung Mesah Hulu,Kampung Gunung Mesah Hilir (kampungku),Kota Baru Estate (small railway station town)dan
Kampung Gunung Panjang

Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.
Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.

Untuk bacaan lengkap, layari :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gopeng

Wednesday, August 13, 2008

Tahniah group F1 SMTSM






Tahniah kepada team TYPHOON - pasukan F1 SMTSM yang mencatat keputusan yang membanggakan bagi seluruh warga STESMA. Walaupun penyertaan sulung, namun Pasukan F1 SMTSM telah menduduki tempat ke-16 daripada 60 buah sekolah yang menyertainya.
Tahniah dan syabas kepada team F1 SMTSM, guru-guru yang terlibat dan Pn. Siti Arfah selaku Pengetua Kanan SMTSM.
Terima kasih:
http://teknikvokay.blogspot.com/

Beijing Olympics 2008




Malaysia's shuttler Wong Choon Hann was defeated by Taiwanese Hsieh Yu Hsing 21-14, 17-21 and 18-21 in the third round of the badminton tournament in the Beijing Olympic Games yesterday.
However, second-seeded Lee Chong Wei of Malaysia coasted to a 21-5, 21-7 win over Kestutis Navickas of Lithuania on Tuesday to advance to the Olympic badminton men's singles quarterfinals.

Tuesday, August 12, 2008

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...