Salam sejahtera semua,
Alhamdulillah hari ini Isnin... bersamaan 3 rejab. Bulan mulia untuk menambah bekalan pahala.
Hari ni nak share sikit dengan semua...
Saya dan internet macam tak boleh dipisahkan.. Apa saja yang saya nak tahu, saya akan surf... terutama berkaitan bidang kerja saya.. mengajar.. saya sangat perlukan internet utk cari bahan untuk pNp saya.. matematik la...
tapi jika line nternet di tempat kerja.. cam.. siput tersedak... macam mana nak tingkatkan kualiti kerja... saya terpaksa pulak bukak buku rujukan yang tak berapa cun tu.. terpaksa taip menaip.. aduhhhh.. sangat buang masa..
Akhirnya,...
haaaa... nampak tak tu modem P1 saya...
bukan nak promote, bukan nak menunjukkk.. tapi saya rasa zaman IT sekarang ni... semua tu perlu.. tak apa saya bayar RM100/bulan.. janji saya puas hati... lagipun saya boleh potong cukai guna tax RM500/year..
ok.. selamat semuanya.. semoga hari-hari saya dan anda lebih ceria lagi....
Monday, May 13, 2013
Thursday, May 9, 2013
Setelah PRU13...
salam sejahtera..
alhamdulillah semua rakyat malaysia yang layak mengundi telah selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari Ahad 5/5/2013 ..
Saya mengundi di SK Seri Manjung. Seawal 800 pagi saya dan suami telah keluar. Setelah berbaris panjang selama 30 minit.. selesai semua urusan.
Sekarang selepas 4 hari.. semua yang menang dan menjawat jawatan ADUN dan ahli Ahli Parlimen.. buatlah tugas dengan amanah..
Semoga semua rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kemakmuran dan kedamaian Malaysia yang tercinta ini...
alhamdulillah semua rakyat malaysia yang layak mengundi telah selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari Ahad 5/5/2013 ..
Saya mengundi di SK Seri Manjung. Seawal 800 pagi saya dan suami telah keluar. Setelah berbaris panjang selama 30 minit.. selesai semua urusan.
Sekarang selepas 4 hari.. semua yang menang dan menjawat jawatan ADUN dan ahli Ahli Parlimen.. buatlah tugas dengan amanah..
Semoga semua rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kemakmuran dan kedamaian Malaysia yang tercinta ini...
Wednesday, April 24, 2013
Catatan diari 2 – ada nasi goreng…
Salam sejahtera semua
Rabu-17/4/2013
10:14 pm
Pagi tadi datang ke pejabat seperti biasa. Hari ni waktu mengajar
agat lewat. 4:00 petang baru mula. Seawal 8:00 pagi, mulakan sarapan dulu. Sambil breakfast, sambil dengar radio, sambil
menyiapkan modul yang terhenti hampir dua minggu. Terhenti bukan tiada idea,
tapi nak buat soalan ulangkaji pulak. Tak apalah penat sikit asalkan pelajar
saya dapat membuat ulangkaji terancang dan berjaya dalam peperiksaan mereka.
Sebenarnya, dah dua hari saya rasa kurang selesa disebabkan
sakit lama saya datang kembali. Entah apa silapnya, maka lutut saya kembali
sakit. Tetapi, Alhamdulillah kerana sakit kali ni hanya melibatkan lutut kanan
sahaja. Resah dibuatnya bila duduk salah, berlunjurpun sakit… saya dah makan
ubat tahan sakit, tapi macam tak ok je…
Akhirnya “arahan” suami saya turutkan juga. Kalau saya ke
klinik, mesti doctor bagi mc dan saya perlu rehat. Saya masih “memikirkan”
pelajar saya. Akhirnya dalam jam 9:00 pagi saya panggil pelajar saya, beri
mereka latihan ulangkaji seawal pagi (walau kelasnya bermula petang nanti).
Saya ke klinik dihantar suami.
Seperti dijangka,
“Ni sakit urat! Saya bagi cikgu ubat tahan sakit, ubat
kurangkan bengkak dan mc 2 hari~ hari ni dan esok”
“Cikgu perlu rehat,
supaya lutut tu cepat baik”
Saya hanya tersenyum walau dalam hati masih memikirkan…
“budak nak exam.. kesiannya dorang .. nak study tp cikgunya
sakit pulak”
“eh! Esok khamis… jumaat cuti keputeraan sultan perak… eh!
Lama sangat cuti tu… isnin bebudak dah start exam”
“alamak! Lesson plan tak buat lagi…”
Macam-macam bermain di fikiran.
“tak payah fikir semua tu.. rehat je.. kesihatan lebih
penting” suami mengomel bila dia boleh membaca fikiran saya..
Akhirnya saya akur!
Balik dari klinik tadi, selepas menelan ubat.. saya lena
sampai petang dan sakit lutut saya semakin reda.
Malamnya sempat lagi saya masakkan nasi goreng buat suami dan
anak-anak…
Anak-anak memang suka nasi goreng…
Terima kasih masih sudi membaca catatan saya… Jumpa lagi!
Pentaksiran Pusat Kolej Vokasional
Salam sejahtera semua
Hari Isnin 22/4/2013 bermula Pentaksiran Pusat (Bertulis) bagi pelajar
Kolej Vokasional SeMalaysia bagi pelajar Semester 3 Kohort 2012. Bermula kertas
Bahasa Melayu diikuti kertas English dan Pendidikan islam. Esok akan diteruskan
dengan Matematik untuk Teknologi dan Sejarah. Menyusul Sains dan subjek
Teknologi Elektrik dan Elektronik pada hari Rabu dan Khamis.
All the best to all!
Wednesday, April 17, 2013
Catatan diariku 1
Salam sejahtera semua
Selasa-16/4/2013
Sememangnya dah lama sangat tidak menulis .. mencatatkan
sesuatu buat blog kesayanganku ini. Faktor utama ialah masa. Hahahah
sesungguhnya “demi masa… sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian… “ itu ayat
Allah… manusia diberi masa 24 jam sehari semalam. Tanpa gagal. Namun manusia
yang yg telah menggagalkannya…
Apabila bekerja 8-5.. menjadikan aku semakin sibuk. Walau
hanya mengajar sejam sahaja sehari, namun masa itu dipenuhi dengan menanda
hasil kerja pelajar. Kuiz, tutorial, tugasan lain yang rasanya macam tak menang
tangan. Mengajar dua kelas semester 3 dengan 64 pelajar..mungkin menjadikan aku
lebih kreatif dalam melaksanakan tugasanku.
Bukan sekadar itu, kerja-kerja sampingan yang bukan tugas
mengajar juga menjadikan aku penat. Istilah “penat” yang aku maksudkan ialah
penat melayan isu-isu remeh… bila ada
pelajar yang tidak hadir waktu matematik, tak kiralah sama ada mereka sakit,
ponteng, wakil sekolah.. yang pasti mereka TIDAK HADIR… ermm memang memenatkan.
Tugas kuliah harus diulang, begitu juga kuiz, tutorial dan seangkatannya…
Apabila penat melanda.. boleh buatkan kita STRESS..
Balik rumah, kalau boleh malas nak fikir hal kerja dah…
sekarang ni nak masakpun malas. Entah kenapa. Kesian suami dan anak-anak. Kalau
boleh aku tak nak salahkan orang lain. Nak masak nasi sekadar lauk goreng
ikanpun aku malas… ermmm tak tau lah. Bila aku rajin, barulah sesekali
anak-anak merasa makan nasi, or bihun goreng or apa-apalah… eh! Teringin pulak
nak makan pengat ubi keledek + gandum + jagung.. sedapnya.. tengok daun pandan
dalam pasu tu dah rimbun. Kalau tak digunakan, buruk camtu je.. macam daun
kunyit tu.. sampai dah ada pokok lain yang menumpang.. hahahha
Eh! Kat rumah aku memang tak ada tanam pokok bunga. Suami
akupun macam malas je aku tengok. Kolam ikan dia dah kering kontang dan bekas
kolam tu pun dah macam ready nak di let go aja.. hihihi
Apa pulak yang aku melalut ni.. ok lah.. chow dulu!
Terima kasih kepada yang sudi membaca coretanku. Jumpa lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)
