Thursday, July 14, 2011

My dear blog

Salam sejahtera semua,
dah lama tak buat post yang "something special" to this blog..
macam asyik tak sempat je..
bila ada masa, mood pulak tak ada..
even kalau sibuk, ada je idea..
selalu je ter"clash"

at this moment, masih lagi kat subang jaya.
lunch break, so ambil kesempatan..
otak dah tepu..
lagipun malas nak belajar xtra sbb, lama-lama berkarat jk tak guna..
mcm enjin kereta..
lama tak start, bateripun boleh kong..

but, for sure.. aku memang sayangkan blog ni..
just jengok-jengok.. pu okay gak..
till we meet again.. chow!

Tuesday, July 12, 2011

Kursus

salam sejahtera semua
sempat lagi mengupdate..
sekarang seminggu berkursus di Subang Jaya..
dah lama tak berkursus
agaknya hampir 5 tahun...
syok jugak sesekali meninggalkan sekolah
melepaskan penat lelah
walau risaukan syllabus

sesekali..
jom kursus...

Monday, July 4, 2011

Rindu Bonda

Salam sejahtera semua

hujung minggu lepas, balik gopeng..
dah lama sangat tak jumpa mak..
rasa rindu teramat sangat

along pun ada sama..
tapi dia balik berdua dengan nisya..

disebabkan balik dah petang sabtu ( lepas larian 1malaysia dan program di sekolah selesai)
maka masa tu sangat singkat
tak apalah.. janji kualiti masa yang penting

sempat bawa mak makan-makan di ipoh
(along balik awal sangat.. so tak dapat join)

terasa leganya dapat jumpa mak..
aku sentiasa berdoa mak sentiasa sihat dan dipanjangkan umur
tanpa mak siapalah aku...

Saturday, July 2, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Salam sejahtera semua

seawal jam 7.00 pagi, semua pelajar berkumpul di persekitaran sekolah masing-masing
7:45 pagi ramai-ramai pelajar berlari sejauh 1500m.
tercapai target untuk mencipta rekod larian 3juta pelajar..

layan je..

Friday, July 1, 2011

dah bulan julai

salam sejahtera semua

semoga semua teman pembaca juga sedar..


secara peribadinya,
banyak sangat kenangan dalam bulan ini...
ada beberapa tarikh penting dalam bulan ini..
dan
angka 7
itu sendiri banyak maknanya dalam hidup ini..
:) & :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...