Wednesday, September 3, 2008

Rahsia Buah Kurma


Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.
Antara khasiat buah kurma ialah ;

1-Kaya dengan protein

2-Kaya dengan gula

3-Kaya dengan serat

4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C

5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.
Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;1-Protein (1.8~2.0%)2-Serat (2.0~4.0%)3-Glukosa(50.0~57.0%)
Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.
Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.
Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.
Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.
Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.
*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.
Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.
Sumber : http://pakarhowto.com/

Tuesday, September 2, 2008

Puasa hari ke-2


Alhamdulillah. Selesai juga puasa hari ke-2. Tak masak apa sangat pun. Menu paling best. Cokodok pisang. Adale gulai lemak pucuk ubi, sup ayam + air tembikai. Azam... tak nak mewah-mewah. Teringat mak kat kampung sorang-sorang. Tadi mak call. Ada moreh kat mesjid. So dia berbuka posa di mesjid je. Sejak abah tak ada, adik-adik sume dah kawin, tinggal sorang le mak tu. Tak apa mak. minggu depan boleh balik Gopeng. Ajak mak dtg sini. Kot ndak pulak dia.....

ADA ORANG TAK PUASA


Amboi!!! Sedapnye makan nasi berlaukkan gulai udang. Air sirap lagi.... Puasa yang yuk ye. Hari baru pukul 10.00 pagi. Tak apalah Izham. Adikkan baru 5 tahun. 7 tahun... kena puasa.

Monday, September 1, 2008

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.
Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar' ".

Sumber: Buku Fardhu Ain

Sedikit info, yang ini bukan hadith sahih. Sememangnya tiada ganjaran2/kelebihan pada setiap malam seperti yg di atas. Cukuplah kita tahu bahawa Sabda Nabi saw yang bermaksud:�Barangsiapa yang BERPUASA dengan PENUH IMAN dan BERAZAM BERSUNGGUH-SUNGGUH, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan barangsiapa yang BERSOLAT pada malam bulan Ramadhan dengan PENUH IMAN dan BERAZAM BERSUNGGUH-SUNGGUH, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu�
(Hadith Sahih: Riwayat Muslim, No: 760)

Doa Ramadhan

Doa Hari Pertama:
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Doa Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...