Sunday, August 17, 2008

Rendang Daging Minangrawa

Kepada yang tak dapat jemputan makan kenduri hari ini dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba rendang daging minangrawa ni. Simple je.

Bahan-bahan:
1 kg daging
250 g paru + hati (pilihan, siapa tak suka tak payah taruk..)
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
2 helai daun kunyit - dihiris
santan RM2.00

Cara penyediaan:
1. Kisar cili, bawang, halia, lengkuas dan serai. Tumiskan (guna sedikit minyak).
2. Bahan tumis dah naik bau, masukkan daging yang telah dibersihkan. Masukkan secawan air bagi mengempukkan daging.
(oh ya, jika nak masukkan paru + hati, kena rebus asing dulu, baru senang dihiris)
3. Apabila daging dah agak empuk, boleh masukkan santan dan kacau sehingga agak kering.
4. Jangan lupa garam secukup rasa dan daun kunyit yang telah dihiris.
(Petua: daun kunyit tabur last sekali supaya aromanya tak hilang).

**** Rendang ini tak memerlukan kerisik kerana dah banyak guna santan.

Saturday, August 16, 2008

Jaga penampilan




Dah teruk sangat keadaan sekitar rumah. Maklum aje asyik sibuk dengan kerjaya. Seperti biasa suami dan buah hatiku Izham yang rajin.

Hari pertama cuti sekolah

Anak-anak merengek nak pegi Marina Water Park. Bawak jugak.Ikhwan tak ndak ikut. Kami sampai jam 9.30 pagi. Tetamu pertama yang sampai.Tiket masuk seorang RM8. Rasanya dulu RM5 je. Boleh la kalau nak mandi. air tak masin. Sesapa nak bawak famili kat sini ok gak. Ada tempat makan. Toilet dia pun ok.

Lagi kenangan di Vokasma

jamuan raya. kiri tu kak Sal.
bersama rakan-rakan: Rihana, Norlian, aku, Kak faridah dan Zapidah.
Jejaka pujaan Vokasma
Jelitawan Vokasma.

Kenangan ke Langkawi.

sorry sebab gambarnya tak berapa jelas.

15th anniversary

Hari ini dalam sejarah.16 Ogos 1993 merupakan hari pertama aku bertapak di Seri Manjung. Aku mula mendaftar sebagai seorang pendidik di SM Vokasional Seri Manjung. Hari pertama sampai aku dah sesat sebab tak jumpa jalan masuk ke sekolah ini. Seperti biasa bagai rombongan orang nak pegi Mekah, ramai yang menghantar aku termasuk arwah abah, mak, adik. Sampai je di bilik Pengetua,
"Jom kita pegi ambil gambar dulu", kata En. Hamzah (Pengetua). Dengan terpinga-pinga + selamba aku join cikgu-cikgu lain.

Selepas semua urusan pendaftaran selesai aku dibawa pusing keliling sekolah untuk diperkenalkan kepada semua warga Vokasma...
(Tengok lah gambar di bawah.. kenanganku di Seri Manjung)

very innocent. Aku, cg Sabri, cg Nyana dan cg Jalal


kenangan bersama kak Nik Anita dan kak B. Belakang tu cg Wan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...