Wednesday, September 28, 2022

Deligasi Pelajar Kota Malang Indonesia bersama Unit Matematik KV Seri Manjung

 Assalamualaikum.

Minggu terakhir di KVSM, hari ni Rabu, pelajar-pelajar bersama Unit Matematik. 8.00-10.00 pagi.

Kami berkongsi ilmu permainan petanque bersama mereka.

 


Perkongsian ole² kenangan 

Pagi² cikgu Bayu dah penena teh ais

Berfoto kenangan


Seronok bermain petanque



Sunday, September 4, 2022

Roti Dangdut

 Sarapan dengan roti dangdut di restoran madinah seri manjung.

Roti canai sekeping, kuah banjir dan telur setengah masak ada 2 biji.


Pekena dengan kopi O panas atau kopi ais...  Mesti best.

#sarapan

Thursday, August 20, 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Salam sejahtera.

1 Muharram 1442 Hijrah bersamaan 20 Ogos 2020.







Saturday, August 1, 2020

Pakai face mask

Salam Sejahtera


Mulai hari ini ye. 1 Ogos 2020.
#kitajagakita

Salam Aidil Adha

Salam Sejahtera.
Tahun 2020 ni kami sekeluarga sambut Aidil Adha di Seri Manjung.
Ikhwan kerja.. So tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang. Pagi raya yg lelaki je bersolat sunat di masjid mengikut sop pkpp.

Ini antara pengorbanan kami. Semoga Allah terima amalan baik kami.


Thursday, June 11, 2020

PKPP Covid19

Salam sejahtera semua.


Sejak bermula PKP fasa 1 pada 18Mac2020, sehingga lah berakhirnya PKPB pada 9Jun2020... Malaysia memperkenalkan PKPP bermula 10Jun2020 sehingga 31Ogos2020.


Rakyat Malaysia diingatkan supaya menjalani norma baharu dengan mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W bagi mengekang penyebaran wabak virus covid19.

So, jom kita sama-sama jaga kita.

Monday, June 1, 2020

Covid-19


Pendemik covid19 di Malaysia bermula seawal februari 2020. Apabila diarahkan pkp bermula 18.3.2020, ianya berlanjutan sehingga pkpb 9.6.2020.

Sehingga hari in, seramai 115 telah meninggal dunia akibat virus ini.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah.

Sunday, May 31, 2020

Ayam Goreng Kunyit


Salam sejahtera semua.
Isi ayam ni kalau masak gulai ke, tomyam ke, kari ke.. Mesti tergolek sana sini tak laku. Jadi tiap kali masak, mesti asingkn bahagian isi utk buat rencah, bergedil atau buat ayam koreng kunyit.

Kita boleh campurkan sayur atau apa saja yg sesuai utk sedapkan lagi masakan kita.
Campur karot, capsicum, bawang, cili padi dan perisakan dengan sos tiram. Tak perlu letak garam sbb masa goreng ayam kita dah letak garam kunyit.

Selamat menjamu selera.

Saturday, May 30, 2020

Salam Aidil Fitri 1441 H 2020 M

.

Salam Aidil Fitri buat semua yg mengenali.
Tahun 2020 Syawal disambut di rumah kerana pendemik Covid19.


Friday, September 13, 2019

Delegasi SMK Malang indonesia ke KV Seri Manjung

Assalamualaikum.

Minggu ini KVSM menerima tetamu dari Malang Indonesia dalam Program Pertukaran Pelajar Malaysia-Indonesia.

Alhamdulillah. Program yang berlangsung pada 10-29 September 2019 ini akan diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan menambah pengalaman terutamanya pelajar.
Pelajar yang terlibat ialah pelajar ELEKTRIK.








Sunday, April 21, 2019

Taklimat PA DVM 2019

Assalamualaikum

Pada hari Jumaat 19.4.19 sempat memberi taklimat Penilaian Akhir kepada pensyarah yg mengajar DVM.

Taklimat tu sebagai tanda "refresh". Maklumlah, PA ni dilaksanakan hujung setiap semester. Kot ada yg dah terlupa SOP. So.. Kita just share je utk panduan dan ingatan.



Semoga Penilaian Akhir DVM yang akan bermula esok 22.4.2019 dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. InshaAllah.

Wednesday, April 17, 2019

Rindu Blog

Assalamualaikum

Lama sungguh saya tidak update blog ni.
Rindu..
Namun kekangan masa sering menjadi alasan.
InshaAllah.. Dalam usia lebih setengah abad ni.. Saya masih ingin menulis mencurah rasa.

Sebenarnya mudah sgt skrg bila ada smartfon. Tp penyakit M...

Biasa la kan.. Semua tu alasan semata.

Till next post.

Thursday, August 2, 2018

Selamat mengerjakan haji.

Assalamualaikum..


Tahniah buat semua Dhuyufurrahman 2018.
Terutama teman teman kuatagh.
Bertuah lah buat semua yg menjadi tetamu Allah pd tahun ini.
Semoga dimudahkna semua urusan dan mendapat haji mabrur.
InshaAllah.

Wednesday, March 28, 2018

Kaktus di Cameron Highland

Salam sejahtera





Kalau cuti sekolah, tak sah kalau tak ke Cameron Highland. Terletak di Pahang, tapi masuk melalui Perak. sama ada dari Simpang Pulai terus ke Brincang atau dari Tapah ke Tanah Rata.

Melihat kaktus yg subur dan gebu, terasa nak beli bawa balik. Tapi dah pernah beli dulu... seminggu kering dan layu..

Makanya... Tengok2 saja dan ambil gambar...


Monday, March 26, 2018

Rindu bertandang lagi...

Salam sejahtera..

Detik dikau pergi dari ruang mata
Hati telah merasa hiba

Sehingga kini
Rindu tetap bertandang
Setiap hari

Di kiri, di kanan..
Dikau tiada
Akhirnya sendu

Seolah tiada kesudahan
Moga kita bertemu di Jannah....

#rindubonda

Monday, March 12, 2018

Happy 23rd wedding anniversary

Salam sejahtera.


Dah malam baru sempat update.
Hari ni 12.3.2018, tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke 23.
Jangka masa yang panjang. Lebih dua dekad.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan tiga cahayamata yg sedang dewasa. Lebih banyak cabaran menanti.

InshaAllah semoga jodoh berpanjangan dunia akhirat hingga ke jannah. Terima kasih en. Suami kerana sudi menyintai daku sepanjang hayat. 



Friday, March 9, 2018

Selsema Bersin

Salam sejahtera

Pagipagi memang biasa bersin.
Tapi pagi tadi luar biasa bersinnya... Berulangkali.

Maka hari ni diisytihar hari tidak sihat.

Jumpa lagi ye.

Wednesday, March 7, 2018

Gagal SVM, Buat Ulangan

Salam sejahtera

Itu antara ayat pendek yg ringkas. Semua orang boleh faham.
Kalau tidak penuhi syarat, maka tidak layak dapat SVM.
Masih ada peluang utk baiki kesilapan, kegagalan yang lalu.




Pagi tadi ada perjumpaan antara pengarah dan ibubapa serta pelajar yg tidak layak dapat SVM (Sijil Vokasional Malaysia)

Alhamdulillah dh bg penjelasan panjang lebar. Kalau tak faham jugak, tak tau lah. Semoga ada usaha untuk berjaya. Para pensyarah dah bantu sebaik mungkin.

All the best.

Sunday, March 4, 2018

Kursus eTUTOR dan ePAPER

Salam sejahtera.




Bertempat di Bilik Persidangan KV Seri Manjung, berlangsung kursus eTUTOR dan ePAPER yang dikendalikan oleh En. Daniel, KUTM.

Apabila sebuah tab dan sebuah handfon diberi kepada setiap guru, seharusnya kita gunakan ke arah kebaikan dan yang memberi manfaat.

Okay, saya pun join kursus ni dan banyak ilmu yg saya dapat dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan guru dan anak murid khususnya.

Tuesday, February 27, 2018

Syurga yang kedua

Salam sejahtera



Lama betul nak tunggu sampai 70 episod.
Jalan ceritanya memang thrill.

Konflik keluarga... Suami kahwin dua.. Kahwin dgn kawan baik isteri. Isteri dapat tau.. Nak balas dendam.
Tiap petang di astro maya hd. Ptg td dh episod 56.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...