Thursday, August 20, 2015

Aku, kolej dan pelajar

Salam sejahtera semua.

hari ni dah 20 Ogos 2015
bermakna dah 9 minggu pengajian bagi sesi 2 untuk tahun 2015.

anak-anak didik tetap seperti biasa. datang kuliah.. ada yang memang dah bersedia awal dan ada juga yang dah 30 minit bermula kuliah, baru nak nampak muka.

hairan juga kerana masih ada yang kekal ponteng.. agaknya kalau ada anugerah pelajar ponteng paling lama... memang "dia" boleh dapat anugerah tu dengan cemerlangnya...

nak cari sampai lubang cacing? tak perlulah rasanya... Masing-masing dah dewasa. Sepatutnya dah boleh berfikir dengan waras dan sedar diri... tugas pelajar... datang kuliah dan buat semua arahan/kerja yang disuruh pensyarah.. Ambil penilaian akhir dan hantar semua tugasan yang diarahkan pensyarah. InsyaaAllah lulus with flying colours!

Tapi kalau dah memang memang ada penyakit M all the time... nak diapakan? Berbuih mulut bercakap tapi kalau buat muka tak ada sen???
ermmmppp..



ok..jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, August 5, 2015

Jualan Ikea 2015

Salam sejahtera semua..

sambil tengok blog yang dah bersawang... jumpa pulak iklan ni

owhhh... hari ni 5 Ogos..
dah boleh prepare untuk bershopping..
malam ni dah boleh tengok2 apa yang boleh dibeli...
JOM KLIK KLIK IKEA..


Menderma, bersedekah, berzakat

Salam sejahtera...

Banyak takrifan yang kita boleh buat dengan tiga perkataan di atas.

menurut kamus dewan edisi ke empat:

1. DERMA
~ bantuan yg berupa wang (kpd per­kumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir; ~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~ kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan ke­cemasan; berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit; mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim; pendermaan perihal atau perbuatan men­dermakan: surat itu mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu; penderma orang yg menderma.

2. SEDEKAH
~ apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas.

3. ZAKAT
~ menurut Kamus Dewan ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Perkataan zakat atau al-zakah (الزكاة) dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Zakat bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah, baik, damai dan terpuji. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...