Monday, January 12, 2015

Tugas pertama di hari pertama sesi pengajian 2015

Salam sejahtera.

Since have no idea to jot down...

Semua orang.... hampir semua tulis ttg my first day at school.
Sayapun nak share juga.

Tahun ni mula bertugas sebagai ketua jabatan penilaian dan pentaksiran.
Tugasnya sama je mcm su peperiksaan kat sekolah. Tapi bila sekolah dah jadi kolej... ruang lingkup tugas makin bertambah.

Tugas ni saya pegang sejak mula jadi guru. Sesekali on and off. Jadi ketua panitia sekejap. Jadi guru kanan sekejap. Hinggalah tahun ni..

Hari ni seawal pagi ... perjumpaan dengan pelajar bermasalah. Bukan masalah disiplin tapi masalah dengan kursus yg diambil... tidak kompeten. Bila tak kompeten.. kena ulang tahun pengajian. Walau apa jua masalah... boleh selesai dgn baik.




Sunday, January 4, 2015

Seminggu sebelum sesi persekolahan 2015 bermula

Salam sejahtera semua..

Selepas pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015.. sempat juga saya menarik nafas lega untuk uruskan hal anak-anak untuk bersekolah. Walau cuti penggal untuk kolej selama 7 minggu yang dikira agak lama... namun cuti kali ni agak kelam kabut kerana suami saya berkursus 2 minggu dan anak bongsu berkatan pulak minggu berikutnya.

Suami tidak sihat sejak balik berkursus. Menjaga yang berkatan lagi. Saya dah macam misi pulak. Menjaga org sakit dan org berpantang sekaligus. Memang agak sukar. Namun redho... Saya banyak berdoa semoga saya terus diberikan Allah sifat sabar dan diberi kudrat untuk menempuh semuanya... Percaturan Allah adalah yg terbaik.

Saya sempat menjahit 4 helai kain sekolah untuk anak dara saya Nurul. Alhamdulillah tanpa gagal... haha..
Masih sempat menyiapkan modul untuk saya mengajar pelajar sem3 diploma vokasional 2015. Walau agak lewat... semuanya dimudahkan Allah swt.
Next mission: nak kena potong kaki seluar izham. Biasa bila beli seluar jenama €@#&&!¥ ni. memang kena potong. Sejak zaman ikhwan lg. Tp kain jenama ni berkualiti...

Minggu depan 12/1/2015 baru nak mula sesi sekolah. Banyak lagi perkara yang akan dilakukan. Semoga semuanya dimudahkan Allah...

Saturday, January 3, 2015

Harga minyak dah turun.... harga barangan?

Salam sejahtera..

Mulai 1 januari 2015 harga petrol ron95 dan ron97 dah turun sebanyak 35 sen masing-masing...  begitu juga harga diesel...

Namun harga barangan terutama makanan... mentah dan masak....  tetap sama...  kenapa harga sekeping roti canai tetap rm1? Kenapa tak turunkan jadi 90 sen? Atau kalau berani.. turunkn jadi 80 sen sekeping...

Tak faham betul... bila harga minyak naik... semua brgn nak naik harga. Kalau tak naik... kurangkn kuantiti..  contohnya kalau karipap seketul boleh 2 kali gigit.. naik harga minyak.. dah boleh sekali sumbat je dalam mulut.. huhu... makin mengecil saiz karipap..

Mungkin rakyat Malaysia ni kaya-kaya semuanya...  Sebab tu tak hairanpun kalau harga minyak turun. Tak hairanpun nak beratur di pam  petrol utk isi minyak. Ada juga yang buat-buat terkejut tengok meter minyak bertambah dua tiga takuk.... walaupun biasa beli rm30 tapi selang dua hari kena isi lagi...

Apa-apapun kuasa membeli di tangan kita...

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam sejahtera semua


Selamat datang 2015.
Semoga Allah sentiasa berikan rahmatNya untuk diri saya, suami, anak-anak, emak saya, bapa mertua saya, adik beradik ipar duai, saudara mara, rakan-rakan dekat dan jauh, guru-guru dan anak didik saya serta semua umat di dunia.

Mengharapkan tahun 2015 akan saya tempuh dengan penuh yakin dan sabar. Mengharapkan diberi kekuatan diri untuk menjadi pendidik yang ikhlas mencurahkan ilmu. Menjadi pekerja yang sentiasa positif dan proaktif dan sanggup menerima tugasan dengan "open minded".

2015 juga akan dihadapi dengan kerja keras untuk mendidik anak-anak buah hati saya yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM. Izham dan Fateha.  Semoga mereka rajin solat, mengaji dan menelaah buku pelajaran. InshaaAllah kejayaan pasti milik mereka.

Saya nak jadi isteri mithali buat suami tercinta. Hanya Allah yang tahu betapa cinta saya pada en. suami tidak bertepi. Saya akan baiki diri untuk jadi yang terbaik.

Saya ingin menjadi anak yang lebih berbakti kepada emak dan ayah mertua. Sementara ada... sesungguhnya tanpa mereka siapalah saya...

Sebagai hambamu ya Allah.. ingin saya sentiasa mendekatkan diri padamu... berazam bersolat awal waktu dengan lebih khusyuk, mengukuhkan amalan wajib dan sunat.. perbanyakkan zikir dan membaca alQuran... sentiasa memohon keampunan darimu...

Semoga harapan dan doa ini kau perkenankan ya Allah...
Aamiin ya rabbal 'aalamin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...