Tuesday, March 19, 2013

Pilihanraya Umum 2013

Salam sejahtera semua...

Bila agaknya kita nak mengundi? ni dah nak masuk April 2013... Tak sabar rasanya nak memangkah... opsss... tahun ni memangkah ke? guna dakwat ke?

Tak pasti pulak. Apa-apa hal pun, sesiapa yang dah daftar mengundi, bolehla check kat mana anda mengundi nanti... pegi je cari kat en google tu... mesti dapat punya...

oppps! undi anda rahsia!

Monday, March 18, 2013

Guru....Bukan tugas mengajar saja...

Salam sejahtera semua


Tahun ni saya ditugaskan sebagai  AJK audit 5S di kolej saya. Selain tugas mengajar dan menjadi ketua unit sains matematik, saya diarahkan mengaudit 5S (dalaman) untuk tahun ni. Memang tugas ni rasa berat sebab macam nak mengajar orang buat betul, tapi diri sendiripun belum tentu betul lgi. Macam ketam tu...

Saya teringat ada pepatah yang mengatakan "Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa belajar". paling penting jangan malu bertanya dan kena rajin berusaha. InsyaAllah Allah akan menolong kita dalam apa jua keadaan.

2 minggu lepas saya dan gang sempat mengaudit zon yg telah ditetapkan untuk group kami. Lepas check kena buat report pulak... saya ni bukannya kreatif.. so belasah aja mana yang pandai... hihi... dan alhamdulillah telah dapat saya siapkan walau agak terlewat sedikit...

ok... next entry saya cuba upload gambar lain pulak...


Friday, March 15, 2013

oh! penatnya... jangan merungut!

Salam sejahtera semua

Alhamdulillah hari ni saya diberi kesempatan untuk menceritakan sesuatu di laman sesawang aka blog yang saya sayang ni.. Kata orang.. sayangkan isteri tinggal-tinggalkan... sayangkan blog biarkan bersawang.. hahaha..

Memang dah lama sesangat saya tak update blog ni.. menjengahnyapun tidak.. hrmmmm...

Hari ni saya cuba juga sesuatu...


cuba tengok gambar atas ni... hihi... timbunan kain yang tidak berlipat.... saya sangat "penat"... yang basuh kain ni ialah mesin basuh saya yang sangat rajin...  selepas kering.. longgokan kain ni makin bertambah ...
anak-anak saya, kena suruh paksa dulu.. baru rajin nak lipat kain...

kalau orang lain.. tak tahu lah saya.. kalau ada "orang gaji".. alhamdulillah. tapi saya tiada "orang gaji".. so buatlah sendiri ye...

harap-harap suatu hari nanti ada lah manusia yang menginovasikan mesin melipat kain sebagaimana adanya mesin mengering kain...

ok.. jumpa lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...