Friday, December 2, 2011

cuti-cuti penang dan aku

Salam sejahtera semua..
selamat bercuti kepada yang masih bercuti macam aku ni hehehe..
maklum lah cikgu.. harus bercuti kerana anak murid bercuti..
jangan la marah.. masa cuti ni bukan cuti sepenuhnya.. kerja cikgu ni macam-macam..
nanti tak berkat pulak gaji yang sebulan tu hehehe..

Cerita tentang cuti ni.. anak-anak yang lebih meragam. Dah 2 minggu bercuti.. isnin 28/11/2011 yang baru berlalu, aku dan anak-anak pergi jenjalan ke Penang.. dah lama jugak tak pergi ke sana.. Last pergi bawak anak-anak 3 tahun lepas tahun 2008... Dah banyak kali pergi sebenarnya.. tapi kali ni pergi bahagian selatan penang pulak.. ikhwan ajak pergi war museum.. ok jugak.. maklumla.. tahun depan aku dah mengajar sejarah .. apa salahnya kan..  nak pergi oversea yang guna passport tu.. belum lagi la nampaknya.. pergi je obersi naik feri hehehe..

kami ke sana se awal pagi... naik jambatan sebab lagi mudah ke bayan baru... tempat menginap di Hotel Seri Malaysia...  selepas check in, kami terus ke museum perang tu kat Batu Maung. Kali ni "berjalan" dengan mudah sebab dah ada gps... setting je.. ikut je arahan.... memang ada "papago' tu kat handphone, tapi leceh pulak kalau ada yg call or sms..


 yana (anak kakak), nurul dan izham
di RnR Gunung semanggol arah utara


 bayar tol RM7 ye kak...
kat sebelah kiri tu Pulau Jerjak..
next time boleh pergi sana pulak..


 hari isnin tu traffic tak sibuk 
mungkin cuti awal muharram 1433h
ramai yang lepk di rumah..


 kami di war museum ni hampir 2 jam..
penat juga sebab kena panjat memanjat,..
nak masuk kena bayar ye kak..
RM20 untuk dewasa
RM10 untuk kanak-kanak.
setahun sekali.. apa salahnya..



esoknya sempat ke tokong ular di Bayan Lepas..
sekadar bergambar
tak pergipun tengok ular-ularnya
tak sanggup... hehe


 sebelum balik ke manjung,
kami sempat menziarah rumah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dilahirkan..
masuk percuma..
sempat lagi anak-anak membeli buku nota dn pen sebagai kenang-kenangan..

*sempat makan nasi kandar.. terbau-bau rempah karinya yg lazat tu hehehe..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...