Saturday, July 31, 2010

Hari graduasi dan Anugerah Cemerlang serta Aqiqah

arghh.. tersangat lega kerana telah selesai satu lagi majlis BESAR di sekolah selepas hampir sebulan bertungkus lumus.. bila bab buat kerja, memang aku tabik springggg pada rakan-rakan termasukla pada diri aku sendiri... kerja sampai lewat malam dan awal pagi... walau letih, merungut, tak puas hati, sentap.. kerja tetap kerja.. gaduh-gaduhpun tp camtula kami sebagai team vokasma... tetap mahu yg terbaik.. wanna be the best...

majlis yg telah dianjurkan berbelas tahun ni, menjadi satu benchmark kepada majlis lain ...

kali ini kami panggil pengarah bahagian Pendidikan Teknik Vokasional, Tn. Hj Ahmad Tajudin b Jab. maklum saja pengetua kami, Pn Siti Arfah Ibrahim dah nak bersara awal September ni... pn. boss senyum lebar bila pengarah puji... tahniah Boss..





... dan seperti biasa, aku mesti duk kat tempat paling depan sebab kerja aku dah selesai paling awal.... hehehe

Friday, July 30, 2010

jiwa kacau...

setiap manusia mesti ada satu hari.. atau sekurang-kurangnya sekali dalam hidup akan rasa seperti jiwa kacau....

buat apapun tak kena..
rungsing lebih..
mukapun rasa serabut sangat ... tak ceria..

tak tau mana satu nak buat..
risau boleh buat ke tak suatu kerja tu..

rasa macam nak nangis,
rasa macam nak tidur je..

macam-macam rasa...

dah istighfar banyak kali..
dah baca ayat kursi..
dah mintak tolong pada Allah..

tp masih macam ... entah..
jiwaku kacau!!!!




saat-saat ceria riang bersama kawan-kawan seperjuangan..



Thursday, July 29, 2010

selamat hari lahir buatmu...



Muhammad Izham b Haris
lahir : 27.7.2003
3.33 pagi
Ahad.


selamat buatmu



Mak, ayah, abang Wan n kak Nurul
doakan semoga
Am jadi anak yang baik,
insan berguna
dan berjaya
dunia
dan
akhirat...


HAPPY 7TH BIRTHDAY...

Wednesday, July 28, 2010

bantal oh bantal

picture 1


picture 2


tengok pada sarung bantal picture 1 tu, memang tak kuasa nak layannnn... sejak beli itulah sarungnya.. nak basuh, sayangkan keharumannya... hehehe

tapi bila keharumannya dah tak tahannnn untuk di"hidu", maka aku berlari-lari mengejar sang GIANT... maka terbang rm$$.. dan tidurpun semakin lena..

***sengaja tak sensorkan jenama bantal tu sebab nak tolong promote...
hehehe

Tuesday, July 27, 2010

Geledah dapur Ramadhan bersama Ben..


dua tiga hari ni terlebih rajin menggeledah rumah kawan-kawan..

pergi kat pintu bakal doktor ni
terlihat entry ni..

sebenarnya tak pernah sempat nak jenguk blog ni...
tapi

teruja pulak lepas jalan-jalan kat rumah rai...


ok..
layankan aje..


ben kata,
1. buat satu entri, letakkan banner ni... dan linkkan ke entri ben..
(ok.. nanti klik je banner kat bawah untuk ke rumah ben)


2. lepas tu ceritakan dari mana anda dapat resepi tersebut..
dan kenapa.. ;)

3. letakkan url resepi anda tu.. mudah je kan ?? haaa...

ok...
sila klik je kat banner bawah ni untuk resepi tersebut...


haaa... memang senang
resepi istimewa tu memang saya punya..
mesti cuba tau...

blog ni memang dah ada tersimpan khazanah resepi..
boleh jugak cuba yang lain...

Saturday, July 24, 2010

Apa dah jadi?


dengan bantal busuk, toys, games... bla.. bla...
apa dah jadi?

nanti mak membebel, korang sentap tahap gaban!!!!
ok, sila kemas!!!

Friday, July 23, 2010

makin rancak!

sebelum


selepas
(pandang sisi yang sama... tak percaya? boleh bandingkan pada gunung.. hehehehe)




maaflah kualiti gambor yg kureng.. berabukkk..


pada entry ni, dah kaborkan tentang "laman" depan rumah yang dah gondol... dan kerja korek mengorek dah rancak dijalankan.

memang ganas betul.. tanpa belas ihsan.. terang benderang jadinya...

agak-agak ada ke sesiapa yang berhajat nak "order'" barang sebijik rumah yang bakal siap ni? tak pasti siapa tuan projeknya.. tapi syarikatnya setiawan maju.. dulu sykt marina..

walau bagaimanapun tak sabar nak dapat jiran baru...

Thursday, July 22, 2010

Puasa dah habis ganti ke??? Raya dah dekat....



jalan-jalan sekadar menjamu mata. pinggan cawan yang dua tiga tahun dulu masih baik dan elok.. dah mengintai-intai yang baru..



konon yang lama dah out of date... nak jamu tetamu dengan air minumannya ke atau nak jamu tetamu dengan corak dan design baru?

yang pasti.. puasa tahun sudah dah ganti ke belum????

Wednesday, July 21, 2010

Jalan-jalan menjengah rumah kawan-kawan..


bukan setiap hari berkesempatan menjengah blog sendiri.. apatah lagi nak melawat blog kawan-kawan. Bila berkesempatan, ada jugakla singgah.. baca mana yang patut..



ada yang dah tertinggal sebulan dua.. ada jugak yang agak lama hinggakan si blogger dah bersalin, anak dah tiga bulan lahir, baru aku sempat jengah... tapi tak apalah kan... aku tetap ingatkn mereka...



tu belum lagi yang bertukar web hosting.. bertukar kepala... dan dah bertukar background.. eh macam-macam la..




seronok juga bila baca kisah mereka... walaupun tidak meninggalkan jejak atau sekadar menjadi silent reader, aku tetap kagum pada rakan-rakan maya yang kebanyakannya kaum hawa.. ada je idea.. resepi, kisah anak-anak, kisah suami isteri, ada yg dah bukak kedai on-line.. congratulations!






kepada kengkawan yang gambarnya tak tertempek di sini, jangan marah ye... mungkin belum tuah anda... hehehe..

Tuesday, July 20, 2010

Tahniah dan terima kasih


Setiap kali ujian dan peperiksaan, kami adalah antara insan yang terlebih rajin.. rajin kerana komited dengan tugas yang diberikan..

Penuh rasa tanggungjawab menghadapi cabaran .. maklum saja.. bekerja dengan "manusia" perlu ditangani dengan cara yang paling profesional..

walau apapun tugas, apapun kerenah, syabas, tahniah dan terima kasih kepada team unit peperiksaan dalaman. Teruskan!



Monday, July 19, 2010

Nak bayar hutang along



Hehehe.. jangan terpedaya dengan tajuk yang aku tulis tu...

sebenarnya dah lama tak kena tag...

so kali ni kena bayarlah hutang tu .. along ni ... along.. along pemilik blog TEROMPAH BIRU...

tak susah nak baya hutang dia..
camni:

Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang..


gambar ni mungkin tak berapa menarik. tidak diedit...
diambil seawal pagi.. jam 7....
masa ni nak tutup pagar rumah nak gerak ke sekolah........
masa tu memang nak hujan......
siap dengan angin bertiup kuat..


nak tag siapa?
mari kita tengok siapa yang kena...

orang1, orang2, orang3, orang4, orang5, orang6, orang7, orang8

sekian terima kasih..



Sunday, July 18, 2010

Pagi Ahad yang mendung



Salam sejahtera semua;

Ahad.. hari untuk bersantai? atau hari untuk mengemas rumah? atau hari menyudahkan basuhan untuk seminggu? atau hari untuk masak memasak? atau hari untuk bersukan?

apapun untuk apa... tugas tetap tugas, yang perlu diselesaikan..

Hari ini, pagi ini Allah menurunkan rahmatNya... menyiram bumi yang hampir kontang..
terima kasih Allah kerana kau maha mendengar..

Menghindari musibah dengan doa



Ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dahsyat, dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan...


"Sesiapa yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan apabila ia berdoa kepada-Nya"
(Surah An-Naml: 62)

Renungkan lah semula masa lalu dan masa dfepan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat, itulah yang menang....

Saturday, July 17, 2010

Sah bercerai...

Ntah kenapa tertarik dengan berita ini. bukan lah minat sangat pada Maya ni .. tapi itulah berita yang kita semua tahu...

Maya Karin yang kini sudah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Penceraian Maya Karin ini telah disahkan semalam (Jumaat, 16 Julai) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Begitulah adanya, jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki.. di tangan Allah. Kita manusia perlu usaha, doa dan tawakkal. Berkawan lama-lama.. tp bernikah sekejap saja...

Moga Maya Karin tabah menempuh hari mendatang...

Friday, July 16, 2010

Happy Birthday Blog!


Rupanya dah 2 tahun usia blog ni ...
dengan entry lebih 400
aku bangga dengan mu..
moga
aku rajin mencatat sesuatu untuk kenangan
dan ingatan
warisku minangrawa..

Wednesday, July 14, 2010

Rindu

rindunya pada blog ni...
walaupun hari-hari bukak, tapi malas nak buat entry baru..
tengok kengkawan seangkatan, catatan siti sana sini, lembaran kenangan, ummi afifah .. dan ramai lg yg update blog macam nak tunggu musim tengkujuh... .. akupun terkena sama badinya..

skill untuk "berkarya" dah semakin kureng... maklum saja sejak dah berfb dan " berjumpa" kengkawan lama menjadikan aku malas mengetuk papan kekunci ni menghidangkan kata-kata untuk tatapan pengunjung blog..

ada ke orang nak baca?
ada ke orang nak bukak blog picisan ni?
ada ke orang nak ingat lagi?
ada ke orang nak cari link blog ni lagi ek?

mungkin masih ada...
tapi ..
~malas nak jot down something... kot2 tuan tanahpun tak jengah blog ni...
~sekadar klik kat link ni dan tengok masih n3 lama... tak sempat habis loading, dah cari tanda X kat skrin komputer... hahaha..
~bosan sebab asyik cerita yang tak menarik..

*****apa saja alasannya..
memang aku rindu pada blog ni..
banyak yang aku pelajari dari blog ni
pastinya menjadi memori indah untuk dikenang..
InsyaAllah, jumpa lagi..

Thursday, July 1, 2010

mulanya projek baru...


.

tak pasti bila projek ini akan berakhir. tetapi sebahagian pokok telah ditebang dan tanah telah mula diratakan...
projek perumahan baru akan bermula.. di hadapan rumahku..
bila dah lapang, angin menderu-deru masuk..
bila projek bermula... menderu-deru pulak segala habuk yang ada..

inikah pembangunan?...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...