Thursday, December 31, 2009

sesekali pulang ke kampung


"kak lin cuti sekolah balik kl ke?"
"kl? hahahaha...."
"yelah... kan kak lin orang kl..."
"kenapa? aku ada ciri-ciri orang kl ke? aku orang rawa gopeng... Suami aku yang orang kl... orang minang kg changkat gombak... "

..... setiap kali cuti sekolah, waktu itulah kami sekeluarga berkesempatan balik ke kg suami .
.... dan baru-baru ini kami habiskan cuti hujung tahun (ala... seminggu je) di kg.

bila sesekali pulang ke kg, ada rezeki yg menanti kami.
alhamdulillah...

walaupun org "kata" kl semuanya kena beli... semuanya hutan batu, namun masih kekal ciri-ciri kg nya di kg suami.
Puas makan rambutan... nak masak laksa... bunga kantan keliling rumah...
.. dan alhamdulillah syukur kepada Allah kerana sepanjang lebih empat belas tahun berkahwin, aku dapat menyesuaikan diri di sini...


anak-anakpun seronok sebab ada kawasan yg luas untuk beriadah petang hari.

Ok lah.. layan je gambar sesi mencantas rambutan..




ada pulak si manja yg menggesel-gesel...




anak ayah yang rajin


memang hantu rambutan




bulat2...

Wednesday, December 30, 2009

n3 ke 350 .... selesai sudah...


Alhamdulillah selesai sudah tugasan terakhir untuk tahun 2009 ini. Sepanjang tahun tidak henti dengan tugas. Tugas kerjaya, tugas peribadi dan tugas keluarga... terima kasih kepada suami tersayang, anak-anak, mak, papa, kakak, adik, abang, rakan-rakan setugas dan rakan-rakan maya serta semua yg mengenali...

Syukur jua kepada Allah kerana melimpahkan rahmatnya memberikan aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan semua tugas. Walaupun kekadang aku merungut dan bertanya kepada diri sendiri... "mengapa aku yg dipilih untuk melakukan tugas itu, ini, begitu, begini????...."

Semalam selesai sudah tugas memeriksa kertas spm dengan jayanya walaupun aku sesekali merasa terpinggir kerana aku dikelilingi kumpulan yang 90% bangsa c&%#@*&.... namun aku cekalkan hatiku kerana aku mengambil sikap positif - budaya kerja mereka yg tip top... aku belajar bekerja dengan tekun dan teliti sehinggakan kp ku mengatakan aku layak diberi A+
(alamak.. puji diri sendiri pulak...).

Sesungguhnya segala yang baik itu aku jdkan teladan dan yg negatif tu.. jadikan sempadan. Melalui hari-hari terakhir 2009 sebelum menjelma tahun baru 2010, aku menanam azam untuk menjadi seorang hamba dan insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dikesempatan ini, aku ingin sekali memohon maaf kepada semua andai ada perbuatan dan kata-kata yang lahir dari hatiku yang mengguris perasaan dan merobek jiwa. Sesungguhnya setiap insan itu pasti ada kelemahan masing-masing dan tidak terkecuali diriku ini.


p/s : ini bukan n3 terakhir untuk 2009.... hahahaha..

Monday, December 28, 2009

ke Seri Iskandar...

tiga hari ni bakal berulang alik ke Seri Iskandar... Tugas rasmi yang perlu diselesaikan. Akupun tak pasti mengapa mesti ke Seri Iskandar. Jauh tempat tu adalah dalam 50 km dari Seri Manjung / Sitiawan. Lebih kurang 45 minit perjalanan. Sesiapa yang tak pernah ke Seri Iskandar, Tempat ni berada dalam daerah Perak Tengah. Ada satu universiti di situ, UiTM Seri Iskandar. Dedolu UiTM ni letaknya di Seri Manjung.

Biasa aku lalu lalang di situ kerana kalau nak balik Gopeng or ke Ipoh, itulah jalan yg paling biasa aku lalu.... Kalau dulu. enam belas tahun dulu.. orang kata "tempat jin bertendang"... ada dua sekolah asrama kat situ.. SMKA Azlan dan SM Teknik Seri Iskandar. Tetapi sekarang... macam-macam dah ada... Tak jauh dari situ, di pekan Tronoh.. tersergam Univ. Petronas. asalnya bekas tapak USM caw Perak...

sessaja nak bercheghita... hehehe tapi...
Tak sempat nak "pukul" gambor...

Sunday, December 27, 2009

Tidak sabar ke sekolah 2010



Dengan penuh semangat waris kesayangan teruja sesangat nak ke sekolah... InsyaAllah.. seminggu lagi.. Harapan bonda semoga Am ke sekolah dengan penuh azam untuk menjadi yang terbaik.

Bakal bersekolah sesi pagi... hati bonda yang tak keruan .... dah sebulan bercuti sakan...

Saturday, December 19, 2009

Waris keturunanku ~ rawa


Aku balik kg di gopeng, menyelongkar khazanah lama.. hehehe... terjumpa gambar ni yang penuh nostalgia. Masa ni umur aku 9 tahun. Kalu tak silap aku.. bermakna tahun tu tahun 1977. Masa ni mamak leman kawin. Mamak adalah panggilan pakcik bg orang rawa. Isterinya we diah (we dibunyikan sebagai were bermaksud makcik)
. we diah orang mandailing tinggal di kg gunung panjang.

apa yang menarik perhatianku ialah dalam gambar ni semua adik beradik mak ada bergambar. Adik beradik mak semuanya 14 orang. yang hidup sekarang tinggal 9 orang...


Biar aku perkenalkan satu persatu:
Duduk paling hadapan dari kiri:
Raja Sallehuddin, Raja Kamaruzzaman, pasangan pengantin Raja Sulaiman + Rodiah, Sharifah Azian, Sharifah Hazmiah (bonda kesayanganku)
.

Berdiri dari kiri:
Azizuddin Shah, Raja Baharom Shah, almarhum Raja Sorah (nenek - ayahanda bondaku), almarhum Mohd Nasir (ayahanda mertua bondaku), almarhummah Puti Sahar Banun (opah - bonda kepada bondaku), Sharifah Akibah dan Sharifah Azizah.

sesungguhnya setelah lebih 32 tahun berlalu, ada yang telah bercicit dan meneruskan tradisi dan adat rawa.. terutamanya adat pantang tanah. dan telah lahir waris keturunan ke 6 bermakna aku telah bercucu... hai.. semakin tuolah aku..

Friday, December 18, 2009

Selamat tahun baru hijrah







Semoga hadirnya sinar baru 1431Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...


Wednesday, December 16, 2009

Sempat bersantai...

Anak-anak asyik merengek nak mandi di teluk batik.. aku yg agak sibuk tak sempat nak melayan kerenah mereka ni....

tapi kesian jugak.. maklumlah lepas balik dari gombak n kelantan, memang anak-anak ni terperuk je kat rumah.

Maka semalam sempat kami ke TB.. sengaja memilih hari bekerja sebab tak ramai orang dan selesa nak pilih tempat..





orang tak ramai.. lagipun pagi-pagi ombak besar...



maka mandilah anak2 n bapak anak sampai lebam.... disebabkan bapak anak kena "sengat" sang obor, maka terpaksalah balik awal.. kesian pulak tengok kaki suami dah bengkak... kalau tak.. harus mandi sampai malam.. hahaha.. aku cepat-cepat sapukan minyak angin dan kurangla sikit bengkaknya.... masa tu ada dua tiga orang yang dah kena "usik" dek obor-obor tu...so, korang nak ke TB, hati-hati bila mandi.. sang obor selalu berada kat dlm laut tu...


Balik dari TB kami sempat meround ke marina island lumut yang bertempat di Teluk Muroh. Tempat ni belum siap sepenuhnya... tak pasti apa tarikan terbaru marina selepas marina cove dan marina waterpark.. Cuma nampak tempat memancing dan deretan kedai untuk disewa... kalau dah siap sepenuhnya nanti, boleh buat n3 special....

Jalan masuk ke marina island lumut


deretan kedai yg bakal dibuka...

nampak macam jetty complex.... ada shopping mall?


Sejak hampir 20 tahun menginap kat sini... macam-macam dah ada...
okay.. tunggu next n3..

Tuesday, December 15, 2009

Akaun nuffnang yang agresif...

Sejak mula berblog setahun yang lalu, macam-macam gadget yang nak disumbat dalam blog yang terhad ruangnya ni... tengok blog orang yang ada glitter, akupun nak jugak.. tengok layout blog org cantik, akupun nak try buat jugak...

tengok orang ada nuffnang, akupun buat jugak...

tapi selepas lebih setahun berblog, aku hampir melupakan tentang akaun nuffnang aku .. username n passwordpun lupa terus.. bila aku jengok blog kengkawan esp yanmie dan kak ina kl, aku teruja kembali untuk menjengok akaun yg dah bersawang tu... mulalah aku selongkar balik buku "magic" aku sebab semua username n password segala benda aku letakkan kat situ. Nasib baik jumpa... dan inilah hasilnya.. harusku tersenyum lebar kerana earning aku bercambah...



maaflah sebab terpaksa sorokkan RM RM tu.. bukan apa.. tak maulah riak... ada yang dapat banyak dari tu pun tak bising.... tapi walau sikit, syukurlah sebab bukan ada orang saja-saja nak bagi kita duit free tau..

Dikesempatan ni aku ucapkan terima kasih kepada semua yg sudi datang.. bagi komen, dan paling penting... datang dan klik-klik kat iklan tu...
sudikan datang lagi, baca blog ni dan klik-klik kat iklan tu ye... aku sendiripun teruja pegi terjah blog kawan-kawan n klik-klik...

Ok.. kepada blogger yang belum tempek iklan kat blog tu, boleh terus klik sini.. dan sign up dulu ye...

selamat mencuba

Saturday, December 12, 2009

Zoooommmm Rumah Rehat Adeline

Musim cuti sekolah yang panjang ni, mesti ramai yg nak menghabiskan masa cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang macam-macam...

Anak-anakpun penat duk rumah.. atau asyik baca buku atau main ps...

Minggu lepas aku balik kg sat.. sambil hadir kenduri kawin, sesaja jenjalan kat sekitar pekan Gopeng. Aku ni nama je orang Gopeng.. tapi tak tau ceruk rantau sendiri. Niat asalnya nak cari muzium Gopeng. Tapi tak jumpa.. (memang sah la aku ni 'buta' di tempat sendiri...)



"Jom kita pegi tengok apa ada kat Rumah Rehat Adeline tu... orang tv3 pun dah sampai sana.. kita pun tak pernah jengok..."

maka kamipun melalui kg jelintoh,,, kg sg itik,... kg pintu padang....





"macam mengarut je... dah masuk hutan ni... nak pegi kg orang asli ke?"

"jom je la.. alang-alang dah sampai...."

walau dalam hati berdebar melalui jalan macam naik cameron highland dari tapah... kami redah jugak...





.... dan akhirnya kami sampai jugak.. sekadar menggunakan camera hfon...
memang dalam hutan...
tapi jalan ke sana ok.. bertar tapi sempit sikit la...



klik gambor untuk tumbesaran...

Ha, ni peta ke sana...
sesapa yang suka aktiviti yg adventure,
boleh klik kat sini untuk maklumat lanjut.


selamat Zoooommmm ke Rumah Rehat Adeline

shopping shopping shopping


Bukan shopping handbag... atau baju.. atau tudung.. hehehe

Aku pasti bagi ibu-ibu yg anak-anak dah sekolah... masuk je bulan disember.. berpusu-pusu bershopping sakan...

baju, seluar, kasut, stokin, beg.. .. semua nak baru. itu belum lagi buku-buku dan peralatan tulis... belum lagi yuran sekolah (nasib baik buku teks free..)

sorang anak je seratus.. itu untuk pakej dua pasang baju dan sepasang kasut...

kalau tiga orang? lima orang?

bagi yg mampu ok lagi... yg tak mampu, pakai je baju, beg, kasut lama.. itupun kalau elok lagi dan yang penting muat... kalau cuti sekolah bertambah tembam?... silap-silap yg baru pun tak jual.. terpaksa tempah..
macam ikhwan (teruna sulung).. seluar terpaksa tempah kat kedai.. RM70 .. ha amik kau...
tu baru sepasang...


kedai sekarang ni kedekut sangat nak bg diskaun.. bagi free gift pun sekadar sebotol pemutih kasut... kalendarpun kena mintak..

sekarang ni semuanya mahal. anak-anakpun demand lebih.... mak ayahpun ikut je... janji anak nak pegi sekolah...

So, ibu bapa yg belum shopping baju/peralatan sekolah anak-anak, jom... jangan tunggu last minute, nanti first day sekolah.. ada pulak anak-anak yg pakai kasut/baju lusuh tahun sudah...

Friday, December 11, 2009

Kesibukan melanda di hujung tahun

Untuk tiga minggu terakhir tahun ini, aku akan menyibukkan diriku..... dengan kerja-kerja yang menambah pengalaman... hehehe...

dalam sibuk dengan tugas seorang guru, aku cuba jugak luangkan masa untuk menjahit langsir tingkap dapur. Langsir yg aku jahit sebulan lalu tu tak memuaskan hatiku. maklum saja duduk di kawasan perumahan ni... rumahnya dekat-dekat... bila "terseksi", takut ada pulak "mata-mata" nakal yang nak skodeng...

"Kenapa ko buat langsir camtu?"

"Orang atas tak nampak ko ke?"



"Kalau pasang lampu, orang boleh nampak kan?"


Macam-macam...
malas nak jawab, aku pecut ke KAMDAR... beli kain RM3 semeter... jadilah.. modal tak sampai RM10 aku dah boleh buat langsir baru...


tapi sebab sibuk sangat, tak sempat nak snap gambor...


juga dalam sibuk-sibuk.. sempat juga berblog n berfb...
insyaAllah .. aku masih sayangkan blog ni.. sebab tu lelabah tak sempat nak memenuhkan sawangnya...
sebab seronok berfb.... aku dah jumpa balik kawan-kawan yg lama "hilang"....

kepada sesapa yg ada fb, boleh join aku.. klik je kat sidebar tu okay...

buku ceritapun nak dibaca gak....

cucu betongpun nak tengok gak.. hehehehe...

Thursday, December 10, 2009

mas kahwin RM300??

gambar sekadar hiasan...
jangan marah Azmer...

ko kawin org kelantan...
lagi mahai beb...



Berita malam tadi... mulai januari 2010, mas kahwin di negeri Selangor akan naik 300%.. daripada RM80 kepada RM300.

itu bagi anak dara... kalau janda, dari RM40 ke RM300...

bagus gak tu....

mesti ada hikmah disebaliknnya...

nasib baik teman oghang perak.. hehehe

Saturday, December 5, 2009

Ikan oh ikan

Bila dah berpindah ke rumah baru, ikan yg ada pun kenalah dibawak bersama... disebabkan rumah ni bukan corner lot, maka suami aku terpaksa cari alternatif lain beli kolam fiber.

Katanya... sementara nak buat yg baru....

aku hanya senyum.. ntah bilalah ikan ni nak dapat tempat yg selesa.


aku cadangkan bela dalm akuarium je, tp.. biasalah org lelaki.. dorang nak jugak buat kolam segala bagai..

yg seronoknya bela ikan ni bila dapat tengok dia membesar dan liuk lentuknya dapat menenangkan fikiran...

Friday, December 4, 2009

Mee rojak


Aku suka sangat makan rojak. tapi sesekali pekena pulak mee rojak. Basic sama je.. cuma tambahkan mee..

Nak buat sendiri, memang macam tak berbaloi.. so.. beli je..
Kalau kat tempat aku ni, biasa aku beli kat restoran ni je...

memang sedap.. tp jangan makan selalu... sebulan sekali ok kot...

Sesiapa nak resepi klik sini je lah...
~terima kasih cik gugel..

Thursday, December 3, 2009

Bawa hatimu kepada tuhan..


Bukan hanya novel...
menelaah juga buku yg membantu menambah ilmu di dada..


"Kini usiaku menjengah empat puluhan. Semuanya cepat dan pantas sekali tanpa ada penangguhan. Bermakna seruan ke arah kematian semakin bergema kedengaran walaupun syaitan dan nafsu berhempas pulas cuba melengah-lengahkan."


mmmm...
jika tidak berlaku perubahan di usia 40an, tunggu pula di usia 60an.. kalau sempat.. kalau tak?

Wednesday, December 2, 2009

sakit...

Kesian Ikhwan, putera sulung..sejak balik kelantan asyik sakit perut n sesekali muntah-muntah...



badan panas dan batuk-batuk...

bawak g klinik...

cuaca di sana masa tu memang tak berapa baik
asyik hujan je..

budak-budak ni pulak suka sangat teh o beng...
suruh minum air panas... jangan harap..

moga ikhwan cepat sembuh..

Tuesday, December 1, 2009

...dan aku ber"shopping" lagi...



Cantiknya beg....
aku memang tak boleh tahan godaan...

2 raya haji aku ke negeri serambi mekah..
misi utama .. hadir untuk sama-sama memeriahkan perkahwinan sepupuku, Azmer.. bersama pasangannya Zie.. di Bukit Panau, Tanah Merah.





Namun bila dah ke sana, mana mungkin tidak melawat "kedai-kedai" yg ada di sana..
maka bershopping sakanlah aku...


kerana itu juga , kami dengan penuh tekad merempuh kegelapan malam dan berkabus melalui jeli.... sampai rumah mak di Gopeng tepat 1:44 pagi... hehehehe...terror kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...