Tuesday, June 30, 2009

Award lagi




Terima kasih tak terhingga buat pengirim hadiah ni.. adik Nur nun jauh dari Johor Bahru, Johor. Nur seorang guru dan masih dalam mood honeymoon. Semoga suatu hari dikurniakan zuriat sebagai penyambung kasih suami isteri.




Anak harapan

Wajah anak didik yang menjadi harapan ibubapa dan guru. Mungkin anda bakal jurutera, yang akan menyumbang tenaga mewarisi generasi masa kini.

Monday, June 29, 2009

Bomm..oh ....bomm.....


Mesti korang pun suka makan kueh ni kan????

Kueh ni basenya ubi keledek. Inti kelapa. Digoreng dan disalutkan dengan bijan..

Setiap hari balik dari sekolah, mesti singgah kat stall jual kueh berhampiran pasar Manjung.

Seringgit 3.. beli sampai 3 hengget... opps.. bukan aku je makan tau... ada 4 lagi mulut nak disuapkan...

Teringat masa sekolah dulu, time tea petang, makcik dewan makan selalu serve kueh ni. Tp liat yg amat sebab guna tepung ubi... kalau yg bergigi palsu... harus telan gigi la jawabnya...

Aku tau buat kueh ni tp leceh.... lebih baik aku beli.. sekejap je menelannya...

So, sesapa yg duk kat area manjung, bolehla menerai (teruknya bahasa ku... jgn marah...)
makan kueh ni...carilah kat gerai depan pasar manjung or medan selera manjung...

Thursday, June 25, 2009

Oh putu mayam...

tak tahu macam mana datangnya nama putu mayam tu? Tapi ini antara makanan kegemaranku. Sejak dulu arwah abah memang suka makan putu mayam. Diturun dan diwariskan padaku.

Sejak aku berkeluarga, makanan ini memang disukai oleh anak-anakku. Aku tak pasti bagaimana cara buatnya. Tapi ia adalah tepung beras yang dikukus. Dimakan dengan kelapa parut dan juga gula. Dolu-dolu gula putih je. Sejak dua menjak ni je digunapakai gula merah

Gambor kredit utk cik gugel ye...


Sekarang ni kalau jalan-jalan kat pasar malam, ada pulak putu mayam perisa pandan. Warna hijo.. aku belum nak mencuba yg perisa pandan. Maklum saja.. aku ni konservatif sket.. biar yg ori.

mungkin suatu hari aku boleh mencuba resepi b/m nak buat putu ni.

So, sesapa yg ada resepi paling senang nak buat putu ni boleh email kat aku okay....

Sunday, June 21, 2009

Sementara masih ada kesempatan...

Hari ini sambutan Hari Bapa.
Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar bapa dan bakal bapa.
Tanpa bapa, siapalah kita di dunia ini.

Banyak panggilan bapa... abah, ayah, baba, bapak, walid, daddy, appa....
apapun gelarannya.. apapun panggilannya..

ia adalah BAPA.

Sementara ada bapa, sayangi dan lakukan yang sepatutnya untuk bapa..

Thursday, June 18, 2009

Selamba....

Zaman aku kecik-kecik dulu kalau sebut pasal kubur... jangankan nak pergi ke kawasan tanah perkuburan, nak lalu kat situpun ... menggerunkan. Aku masih ingat lagi zaman persekolahan, pergi sekolah naik bas mesti lalu kat kawasan jirat cina. Bila bas tu lalu kat situ, aku pejam mata serapat-rapatnya. Nak bernafaspun terasa tersangkut-sangkut. Punyalah takut. Terasa macam ada je han$# tu menjeling atau duduk sebelahku. Padahal mana ada...... lebih-lebih lagi waktu siang hari.

Aku selalu ikut arwah opah menziarah kubur bila time raya je. Itupun beramai-ramai dengan kakak dan sepupu sepipit. Biasanya kami bertolak-tolakan nak jalan seiring dengan opah, tak nak jalan di belakang, takut!!!!!

Namun sekarang bila aku bawak warisku menziarah kubur, memang selamba aja anak-anakku... tanpa rasa takut... Siap boleh duduk lagi.



Izham kat pusara nenek (Bonda suami)

Masa arwah mak mertua meninggal, dengan selamba je jengok-jengok kat dalam liang lahat. Agaknya bebudak zaman sekarang dah biasa duk kat bandar.... tak pernah rasa takut...




Sampai sekarangpun kalau aku ke tempat itu, aku masih terasa seperti ada saja yang memerhati... padahal suatu hari nanti ke situ jua akhirnya....

Wednesday, June 17, 2009

Aduhhhh ... sakit perut...

Anakku memang suka makan yogurt. Terutamanya si Izham. Bila dia nak, aku kena beli satu set untuk 5 orang. Takkan dia sorang je yang merasa....

semuapun tahu bila asyik mengadap benda ni, bahan-bahan yang terkandung kat dalam ususpun senang sangat ditolak keluar...

maka berlumba-lumba pulak ambik giliran ke tandas...

Tapi aku memang suka dan tak heranlah kalau warisku mengikut jejak langkahku...


"Mak, am nak beli yogurt 4..."
"ha makanlah banyak-banyak.. senang cacing tu nak keluar.."

"Am 2, abang dengan kak nurul satu sorang"
"mak dengan ayah?"

"ambik lainlah..."

ayat-ayat cinta yg tak mampu dipertikai... begitulah jika ke kedai dengan maknya...

Tuesday, June 16, 2009


Tajuk : Cuma Dia

Pengarang : Norzailina Nordin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-435-7
Mukasurat : 512 Halaman

Harga seunit: RM 19.90

BERTEMU Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.

Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia. Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.

Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah. Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.

Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.





Novel ni baru separuh ku baca. Sekadar memenuhi masa terluang. Lagipun dah memang minat membaca...

Thursday, June 11, 2009

Cuti-cuti.....lulus BI?...

Masih dalam mood bercuti. Maaf kawan-kawan sebab tak sempat berkunjung ke rumah masing-masing. Sempat jenguk dua tiga rumah je...

Balik sat ke Manjung ... suami pergi kursus kat Penang... saja tak ndak ikut sebab pastinya membosankan sebab orang sibuk berkursus takkan nak kacau kan....????


Sehari dua ni, isu lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk dapat sijil SPM berdentum dentam... Personally, aku memang setuju sangat.. sepatutnya apa saja subjek yang diambil, biarlah lulus semuanya. (tahun depan wajib ambik 10 subjek saje).

Memang ada pro dan kontra bila isu ni dibincangkan. Tetapi jika dilihat dari sudut pelajar itu sendiri, dah belajar BI sejak tadika lagi... bila form 5 bermakna dah belajor BI 12 tahun, takkan tak paham-paham jugak...dapat sekurang-kurangnya lulus 8E pun jadilah...

Sebagai seorang pendidik yang faham akan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, percaya setiap insan bergelar pelajar mempunyai potensi diri untuk dibangun dan dikembangkan malah berpotensi untuk berjaya.

Ayat simple... Semua pelajar boleh lulus.... jika mereka berusaha...
.... dan penting sekali.. guru berperanan melahirkan pelajar yang boleh lulus BI dengan baik..

Tidak dinafikan, pelajar di luar bandar dan di pendalaman, pasti agak terkejut dan tidak yakin jika syarat ini diwajibkan... disinilah peranan guru, ibu bapa dan masyarakat.... dan aku yakin juga takkan hilang Bahasa Melayu selagi bahasa itu dikekalkan sebagai bahasa rasmi kita.

Mungkin ada yang berkata, cakap aja senang.... tapi aku yakin.. MALAYSIA BOLEH!!!


***masa SPM dulu subjek BI lagi bagus dari BM. Tapi masih Melayu...

Tuesday, June 9, 2009

Cuti-cuti.....kenduri kawin...



Cuti sekolah kali ni ramai sangat yang naik pelamin. Sepanjang 3 kali Sabtu dan Ahad, ada saja jemputan yang harus dipenuhi. Setiap kali hujung minggu memang tak berasapla dapur. Mungkin cuti kali ni paling tepat untuk mengadakan kenduri kahwin.. cuti bulan Ogos nanti, dah bulan puasa.. tak kan nak buat kenduri bulan puasa pulak.. macam tak sesuai...

Aku sempat juga hadir ke majlis kenduri Asmar Effendy anak sepupu (Kak Lela) di Gopeng. Hujung cuti nantipun banyak lagi jemputan yang menunggu...

Entah kenapa tidak sempat nak snap gambor,.. mungkin terlalu asyik berbicara merapatkan silaturrahim sesama sanak saudara. Aku merasakan pabila adanya majlis seperti itu, perkara paling utama ialah berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga yang lama terpisah... maklum saja masing-masing sibuk bekerja dan menguruskan hal ehwal keluarga.

Bila sesekali berjumpa, macam-macam yang nak diborakkan. Dalam usia dah menjangkau 40an ni apa lagi yang perlu di chit chatkan..

.. dah besar anak kau...
..wah tingginya ... dah kalah bapaknya...
..dah ada anak dara..

..anak yang sulung tu sekolah dimana?...
..cepatnya kau dapat menantu?...
..tak ndak tambah ahli keluarga lagi ke?...
.. eh! macam kenallah... siapa ek?...
..lamanya tak jumpa.. semuanya bertambah sihat...
..ingat tak zaman kita dolu-dolu?..

Antara ayat-ayat cinta yang kerap bermain di bibir sanak saudara pabila bersua...
Menggamit memori silam..
dan paling penting, warisku dapat kenal suku sakatnya... tahu siapa pak/mak sedara, kenal sepupu sepipit... kenal atuk/nenek/opah... aku juga dapat merasakan betapa ramainya saudara maraku.. kalau kenduri tak payah jemput orang lain.. kami je dah penuh rumah...

Monday, June 8, 2009

Cuti-cuti.....bershopping...


Bila cuti sekolah, mulalah gatal tangan nak perabih duit yang ada... so cuti ni jom g bershopping. bukannya apa.. waktu kerja pakai satu kasut dan handbag yang sama je... pakai sampai koyak..

So, masa cuti ni lah nak bershopping sakan...

Saturday, June 6, 2009

Cuti-cuti.....resepi ikan goreng bertauchu...


khas untuk Amirul, hari ni akak persembahkan satu resepi kegemaran keluarga akak. Sebenarnya akak modified resepi ni... sepatutnya ada kuah. Tapi cam dah selalu.. boring la pulak...

Bahan-bahan:
  • seekor ikan grut-grut (ye ke itu namanya) ~ digoreng rangup
  • dua sudu tauchu
  • tiga urat kacang panjang ~potong pendek
  • sebiji lada benggala
  • sebiji bawang besar
  • seulas bawang putih
  • minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya:
  1. ikan dibersih dan dilumur dengan garam dan sedikit tepung jagung.
  2. gorengkan ikan sehingga agak garing. Toskan.
  3. tumis pula bawang putih, dan masukkan tauchu serta kacang panjang.
  4. masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan masukkan juga bawang besar yang dihiris serta lada benggala..
  5. hidang dengan nasi panas..
  6. ####garam tak perlu dimasukkan lagi sebab tauchu tu dah masin, kang darah tinggi pulak####

Thursday, June 4, 2009

Cuti-cuti.....NAIK PANGKAT??????

"Kak Lin, nanti isi borang naik pangkat tau.. esok tarikh tutup... ambik borang dengan .. bla.. bla.. lepas tu.. bla.. bla..." sayup sayup suara Umi di hujung talian...

aku hanya tersenyum senyum sambil rasa nak ketawa geli geli hati ....

"okay,... 2:30 nanti akak datang office ambil borang. senang ... sedut je.. sekarang ni tak boleh la... nak g jaga exam..."

sambil-sambil mendaki anak tangga aku berfikir fikir dan bertanya tanya di dalam hati....

"naik pangkat? ye ke? ade ke kalau nak naik pangkat ... kena isi borang pulak?... bukan ke kalau bab naik pangkat ni macam benda surprise???
SURPRISE!!!! CONGRATULATIONS!!!! TAHNIAH!!!! ANDA DINAIKKAN PANGKAT KE JAWATAN..... ?????
HA HA HA HA HA HA... aku baru je naik gred jawatan. baru 3 tahun. tu pun backdated! baru sangat .... "


aku terus melayan perasaan sambil merenung renung anak didik yang berkerut-kerut dahi menjawab peperiksaan.

***??????

"Dah isi ke borangnya?" , suami bertanya macam yo yo ooooo...

***************************************


Ayat-ayat cinta yang di atas tu adalah enrty lama yang tertunggak. mula-mula tak ndak publish.. tetiba teringat pulak ... tak salahkan???

Aku teringat kata-kata rakan sejawatku azreen dalam blognya ummiafifah,
"seronok kerja dengan orang yang rajin macam kak lin...
"

Aku bukanlah seorang yang sangat rajin. setakat mana yang aku mampu buat, aku buat. Kalau dibanding dengan orang yang kurang rajin, ya.. memang aku rajin.
tapi jika banding dengan orang yang terlebih rajin, aku adalah dalam kategori malas..

NAIK PANGKAT??? mungkin belum masanya lagi... aku masih nak bersantai-santai dengan keluargaku, suami dan anak-anakku, hobiku dan aku masih belum puas mengajar anak didikku....

Tuesday, June 2, 2009

Cuti-cuti.....menjahit...



Menjahit baju yang dah lama tertunggak. Nak menjahit ni kena ada mood . kalau mood tak ada, menjahit juga.. banyakla ragamnya.. tersalah gunting la, benang tercabut la.. mesin buat hal la.. ah, macam-macam.

Korang tengokla mesin jahit ku yang antik itu. aku sayang sangat dengan mesin ni sebab usia dia dah hampir sama dengan usia perkahwinan ku. Bukan hadiah perkahwinan juga bukan hadiah ulangtahun, tapi aku beli dengan bayar ansur lagi... masa tu harganya RM600.. kerja cikgu macam aku dolu-dolu gajinya kocik. terpaksa beli hutang.. kat kedai singer. sekarang ni ntah ada lagi ke tak kedai tu.

Alhamdulillah dengan mesin tu lah aku menjahit baju, langsir, cadar dan segala yang koyak moyak dan tetas????...
... dan sejak aku beli mesin tu, aku tak pernah tempah baju. korang cuba kira berapa aku jimat sepanjang 16 tahun aku tak tempah baju kat orang lain... katakan aja sebulan sepasang baju, setahun 12 pasang.. 16 tahun? sepasang baju upahnya? RM... berapa ringgit ha? akupun tak tahu... korang sendiri kiralah...

Bukan nak menunjuk aku ni banyak duit, tapi berbaloi kalau korang pandai menjahit. Rajin atau malas tu belakang kira... setakat jahit langsir bodoh... aku rasa semua orang tahu camno nak jahit...
Jimat you...

So, cuti-cuti ni bolehlah menjahit baju ... yg beli kat Kelantan tu.... bukak sekolah nanti melaram la aku.. hahahha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...