Sunday, August 31, 2008

Ikhwan..big brother





Anak bujang sulung. Dah sama besar dengan ayahnya. Muhammad Ikhwan b. Haris. Lahir 13 Januari 1996. Masa lahir memang kecil. 2.7 kg je. Tahun ni ambil UPSR. Bukan book worm. Tapi tak pernah ponteng sekolah. Semoga menjadi insan berguna kepada ugama, bangsa dan negara. Ayah bonda jangan dilupa.

Kari Ikan Bawal




Masak kari paling senang. Tahan lama. Tapi kalau kat rumah aku, tak sempat tahan lama. Kari ni sedap dimakan bersama nasi putih (make sure yang berasap) dan makan bersama roti. emmm sedap giler !!!! (kata Ewan)

Saturday, August 30, 2008

BAJU RAYA

Belumpun stat puasa lagi. Tapi dah sibuk ngan baju raya. Tahun ni warna tema baju ialah purple. Aku tak kesah sangat warna apa. Ikut suami. Taste dia memang selalu ok. Aku jahit baju kurung sendiri. Kemahiran yang ku warisi dpd bonda kesayanganku . Alhamdulillah. Sejak aku bekerja semua baju ku jahit sendiri. Memang safe budget.

Baju raya pertama
Baju raya kedua

Thursday, August 28, 2008

Akukah Tanggang????






Cerita ni memang best. Disiarkan setiap petang Isnin-Khamis di TV3 dan ulangan di TV9 (mlm). Mengisahkan tentang Ridzuan yang tak suka mendengar cakap maknya. Degil. Suatu hari dia dilanggar van, koma. Dalam koma macam-macam cerita terjadi. Kalau tak tengok dari awal memang kita kena tipu. Ramai pelakon best. Adi putra, Fauziah Nawi, Wan Hanafi Su, Jalaluddin Hassan, Aida Radzwill, Fasha Sanda dll.
Tapi banyak pengajaran yang sepatutnya kita dapat dari cerita ni. Jangan lawan cakap emak yang melahir dan membesarkan kita. Jangan derhaka.
Layan lagu dicipta dan dinyanyikan oleh Adi Putra - KELAHIRAN
Angin menderu
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
Pancaindera
Hanya bonda sentiasa memuja
Ikhlas dari lubuk hatiku
Puspawarna
Bertahun dah berlalu tinggalkan rasa pilu
Amat sukar disembuh lagi
Jadikan oh sayu oh...
Kelahiran........
Bagiku istimewa
Ku bersyukur padamu Bonda
Kekusutan akan kuhadapi
Kerna berjauhan darimu
Telah sekian lama....oh...
Pilu....
o0hhh....




Pilihanraya kecil Permatang Pauh P44


Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada Selasa 26 Aug 2008. Anwar menang dengan majoriti undi 15,671.
Klik utk Keputusan Rasmi.


Wednesday, August 27, 2008

Aghhh...lega rasanya










Ah betapa lega rasanya kerana telah dapat menyelesaikan satu tugas yang telah diamanahkan. Menjadi penceramah untuk membantu anak didikku sekalian. Slotnya sekejap jer. Tapi persiapannya, berbulan-bulan. Ada jer halangannya. Rasanya tak salah berkongsi ilmu untuk kebaikan semua. Nak buat course for the teachers pun tak sempat. Banyak sangat programnya.

Aku tengok bebudak tu ada rasa tanggungjawab utk ambik exam. tapi ada jugak yang degil. terlepas lari. Yg itu aku hanya dapat berdoa dan serahkan pd Allah. Kita nak tolong dia, tapi.... Untuk pelajar 5 Teknik, insyaAllah cikgu akan cuba cari masa untuk input yang lebih bermakna supaya anda semua boleh score A. Together we strive for excellence

Monday, August 25, 2008

Izham and peace






Muhammad Izham bin Haris. Anak ketiga. Kecil tapi paling bijak. Kalau bergambar suka sangat dengan simbol peace tu. Makan banyak tapi tak besar-besar. Masa lahir, dia paling berat. 3.7 kg. Tahun 2010 masuk sekolah Tahun 1. Kalau bercakap, bahasanya tak berlapik. Jangan nak ambik hati. Kat rumah paling aktif. Tapi kalau dengan orang yang dia tak biasa, sori... tak layan.

Kembali kpd rutin biasa

Dah lama sangat tak berblog. Cuti kan!!!! Setting pun dah lari. hari ni first day kerja. masih holiday mood. Anak aku; nurul, sakit perut pulak. Apa lagi, pontengla dia.... Pepagi ni ujan plak.
Sampai sekolah punch card merah. Macam student kata, better late than never. Nasib baik kelas 8.40. Aku masuk kelas pun macam jumpa student baru. Masih mood cuti. Tapi sebab kelas form 5, ada 80 hari lagi nak SPM, kena injek gak. Bagi la tips sikit-sikit camner nak score.

Tuesday, August 19, 2008

Selamat menjalani exam PTK

Kepada semua warga STESMA dan semua kengkawan yang mengenali diriku, Selamat menjalani exam PTK. Tak kira lah yang dah exam hari ini, esok ataupun lusa. Hari ini dah mula exam utk calon staf pejabat, pembantu makmal, penyelia asrama dan sebahagian guru DG29. Esok (Rabu) untuk guru DG29 dan DG32. Lusa (Khamis) utk guru DG41. Harap-harap dapat jawab dengan baik dan dapat level 4. (Boleh belanja Kak Lin)
Tapi tahun ni aku tak ambil exam sebab aku jaga exam.....

Sunday, August 17, 2008

Silver medal for Malaysia




Lee Chong Wei (Malaysia) won silver Olympic medal in badminton men's singles. Tahniah walaupun hanya pingat perak selepas ditumpaskan oleh Lin Dan (China), 12-21, 8-21.
Lin Dan seterusnya menang pingat emas. Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pemain yang berkaliber sekurang-kurangnya untuk tempoh masa 10 tahun akan datang.

Rendang Daging Minangrawa

Kepada yang tak dapat jemputan makan kenduri hari ini dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba rendang daging minangrawa ni. Simple je.

Bahan-bahan:
1 kg daging
250 g paru + hati (pilihan, siapa tak suka tak payah taruk..)
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
2 helai daun kunyit - dihiris
santan RM2.00

Cara penyediaan:
1. Kisar cili, bawang, halia, lengkuas dan serai. Tumiskan (guna sedikit minyak).
2. Bahan tumis dah naik bau, masukkan daging yang telah dibersihkan. Masukkan secawan air bagi mengempukkan daging.
(oh ya, jika nak masukkan paru + hati, kena rebus asing dulu, baru senang dihiris)
3. Apabila daging dah agak empuk, boleh masukkan santan dan kacau sehingga agak kering.
4. Jangan lupa garam secukup rasa dan daun kunyit yang telah dihiris.
(Petua: daun kunyit tabur last sekali supaya aromanya tak hilang).

**** Rendang ini tak memerlukan kerisik kerana dah banyak guna santan.

Saturday, August 16, 2008

Jaga penampilan




Dah teruk sangat keadaan sekitar rumah. Maklum aje asyik sibuk dengan kerjaya. Seperti biasa suami dan buah hatiku Izham yang rajin.

Hari pertama cuti sekolah

Anak-anak merengek nak pegi Marina Water Park. Bawak jugak.Ikhwan tak ndak ikut. Kami sampai jam 9.30 pagi. Tetamu pertama yang sampai.Tiket masuk seorang RM8. Rasanya dulu RM5 je. Boleh la kalau nak mandi. air tak masin. Sesapa nak bawak famili kat sini ok gak. Ada tempat makan. Toilet dia pun ok.

Lagi kenangan di Vokasma

jamuan raya. kiri tu kak Sal.
bersama rakan-rakan: Rihana, Norlian, aku, Kak faridah dan Zapidah.
Jejaka pujaan Vokasma
Jelitawan Vokasma.

Kenangan ke Langkawi.

sorry sebab gambarnya tak berapa jelas.

15th anniversary

Hari ini dalam sejarah.16 Ogos 1993 merupakan hari pertama aku bertapak di Seri Manjung. Aku mula mendaftar sebagai seorang pendidik di SM Vokasional Seri Manjung. Hari pertama sampai aku dah sesat sebab tak jumpa jalan masuk ke sekolah ini. Seperti biasa bagai rombongan orang nak pegi Mekah, ramai yang menghantar aku termasuk arwah abah, mak, adik. Sampai je di bilik Pengetua,
"Jom kita pegi ambil gambar dulu", kata En. Hamzah (Pengetua). Dengan terpinga-pinga + selamba aku join cikgu-cikgu lain.

Selepas semua urusan pendaftaran selesai aku dibawa pusing keliling sekolah untuk diperkenalkan kepada semua warga Vokasma...
(Tengok lah gambar di bawah.. kenanganku di Seri Manjung)

very innocent. Aku, cg Sabri, cg Nyana dan cg Jalal


kenangan bersama kak Nik Anita dan kak B. Belakang tu cg Wan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...